Infographic: ChatGPT prompt frameworks (R-T-F, E-R-A, T-A-G, R-I-S-E, C-A-R-E, A-P-E, R-O-S-E-S) for educators. AI in education.

PENGENALAN

Dalam era AI generatif seperti ChatGPT, kemahiran menulis “prompt” sangat penting. Prompt ialah arahan yang kita berikan kepada AI supaya ia dapat menghasilkan jawapan yang relevan, jelas dan berguna.

Bagi guru, kemampuan menulis prompt yang efektif membolehkan kita:

  • Menjana bahan pengajaran secara automatik,
  • Menyusun pelan pengajaran,
  • Membantu dalam tugas pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Untuk memudahkan, terdapat beberapa kerangka yang dirumuskan secara akronim bagi membantu guru membina prompt yang tersusun dan berkesan. Framework ini dikenali sebagai PROMt dan terdiri daripada:

Advertisement

R-T-F, T-A-G, C-A-R-E, R-O-S-E-S, E-R-A, R-I-S-E, A-P-E.

Stack of rolled certificates tied with red ribbons, ready for graduation ceremony. Easy certificate printing techniques.
Sebahagian ceraian Slide Perkongsian di Town Hall Pemantapan Pendidikan Digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Zon Tengah 2025

Setiap framework sesuai untuk jenis tugasan berbeza – ada yang ringkas, ada yang menyeluruh. Artikel ini menghuraikan setiap teknik serta contoh penggunaannya dalam konteks pendidikan.


1. R-T-F – Role, Task, Format

R-T-F membantu guru menetapkan peranan AI, tugasan yang perlu dibuat dan bentuk hasil akhir yang dikehendaki.