Man working on laptop at home desk, transferring website data to computer.

Semasa kita melayari internet, adakala kita menjumpai laman sesawang yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun masalah yang kerap dihadapi ialah apabila hendak membuka laman tersebut, ianya memakan masa dan kadangkala tidak dapat dicapai kerana internet yang lambat.

 

Man working on laptop at home desk, transferring website data to computer.

Advertisement

 

Salah satu cara yang dapat membantu mengatasi masalah ini ialah dengan membuat salinan laman web tersebut ke dalam komputer. Kemudian buka semula laman web yang disimpan di dalam komputer ketika waktu pengajaran dan pembelajaran.

 

Perisian Salin Laman Web ke Komputer

 

HTTrack Website Copier

 

Perisian salin laman web ini boleh memuat turun laman web dan kemudian membolehkan penggunanya membuka laman web tanpa talian internet.

 

Perisian ini adalah percuma dan hanya bersaiz 4.28 MB sahaja. Boleh dimuat turun dan dipasang ke dalam komputer yang menjalankan sistem operasi Windows dan Linux.

 

Muat turun perisian ini di : https://www.httrack.com/

 

Langkah Salin Laman Web Menggunakan HTTTrack

 

Selepas selesai memuat turun perisian ini dan memasang di komputer, langkah pertama ialah membuka perisian tersebut dan menekan butang NEXT.

 

Screenshot of WinHTTrack Website Copier "New Project" window, showing the "Next" button.

 

Kemudian, masukkan Project Name, Project Category dan buat pilihan lokasi untuk simpanan laman web tersebut.

 

Screenshot: WinHTTrack Website Copier "New Project" window, showing fields for project name, category, and base path. Salin Laman Web.

 

Seterusnya, masukkan laman web yang hendak disalin dan klik Next. Masukkan Login (username) dan Password (katalalaun) sekiranya laman yang hendak disalin itu memerlukannya.

 

Screenshot showing how to copy a website to your computer using WinHTTrack Website Copier. The steps involve selecting websites, entering URLs, and clicking "Next".

 

Kemudian klik butang Finish dan tunggu untuk siapkan proses salin laman web.

 

Screenshot showing the "Finish" button in WinHTTrack Website Copier software, used for website mirroring and offline website copying.

 

Tunggu sehingga selesai menyalin laman web tersebut.

 

Screenshot of website mirroring software showing progress of copying website files to a computer. Salin Laman Web ke Komputer in progress.

 

Setelah selesai, laman web yang telah disalin boleh dilayari tanpa aksess internet. Klik pada butang browse mirrored website.

 

asc TimeTables software screenshot; 20 years, 173 countries, 150,000 schools, 7,300,000+ timetables. Perisian Jadual Waktu.

 

Ini contoh paparan untuk laman web yang telah disalin. Alamat laman web yang telah disalin telah bertukar ke simpanan lokal.

 

Screenshot of a webpage showing instructions on how to copy a website to a computer. The title "Layari laman web yang telah disalin" is visible.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memudahkan pengajaran di dalam kelas kelak.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, moccacino_123,

 

Advertisement