Ilustrasi kapal dagang Melaka, NotebookLM

Kalau sebelum ini kita hanya boleh guna NotebookLM dalam bahasa utama seperti English, kini ada berita gembira. Google baru sahaja umumkan bahawa Video Overview dalam NotebookLM kini menyokong Bahasa Melayu. Ini sangat membantu guru, pelajar, malah ibu bapa yang mahu ringkasan maklumat lebih mudah difahami.

Dalam artikel ini anda akan belajar:

  • Apa itu Video Overview dalam NotebookLM.
  • Bagaimana ia berfungsi untuk ringkasan pembelajaran.
  • Bahasa apa yang disokong, termasuk Bahasa Melayu.
  • Cara guna Video Overview langkah demi langkah.
  • Kelebihan untuk guru, pelajar, dan ibu bapa.

Apa Itu Video Overview?

Video Overview adalah ciri baru dalam NotebookLM yang menukar kandungan dalam notebook kepada video ringkasan automatik. Video ini dihasilkan oleh AI dengan suara narasi, teks, dan visual menarik.

Advertisement

Ringkasnya, daripada baca nota panjang berjela, anda boleh tonton video pendek yang padat dengan isi penting.

Contoh bagaimana NotebookLM menghasilkan Video Overview dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Kini Disokong

Google Labs mengumumkan Video Overview kini boleh dijana dalam lebih 80 bahasa. Dan ya, Bahasa Melayu termasuk dalam senarai rasmi ini. Sebelum ini, hanya 50 lebih bahasa disokong, tapi kini Google tambah lagi.

Ini bermakna, guru atau pelajar boleh buat ringkasan dalam Bahasa Melayu tanpa perlu bergantung kepada English semata-mata.

NotebookLM video overview in Bahasa Melayu
Antara senarai bahasa yang disokong oleh NotebookLM Video Overview.

Bagaimana Video Overview Berfungsi?

Mudah sahaja. AI akan ambil maklumat daripada nota atau dokumen yang anda masukkan. Kemudian, ia hasilkan video dengan narasi dan visual ringkas. Contoh: jika anda masukkan dokumen sejarah, AI akan keluarkan ringkasan berbentuk video animasi ringkas yang mudah difahami.

Kelebihannya ialah video ini boleh dikongsi dengan pelajar lain, atau ditonton berulang kali untuk ulang kaji.

NotebookLM interface showing Video Overview feature in Malay language. Studio tools are also visible.
Antaramuka paparan video overview sedang dijana di dalam NotebookLM.

Cara Menggunakan Video Overview

Mari kita lihat langkah mudah untuk guru atau pelajar cuba sendiri:

#Langkah Satu: Buka NotebookLM, pilih notebook sedia ada atau cipta baru.

#Langkah Dua: Tambah dokumen, artikel, atau nota ke dalam notebook.

#Langkah Tiga: Pergi ke panel Studio dan pilih Video Overview.

#Langkah Empat: Pilih bahasa “Malay” di bahagian Output Language. (Dibahagian setting). Boleh juga masukkan dalam promt untuk minta jana dalam Bahasa Melayu semasa membuat customize.

#Langkah Lima: Tunggu AI jana video, kemudian tekan Play untuk menonton.

NotebookLM interface showing options to customize video overview in Bahasa Melayu.
Boleh berikan arahan lanjut untuk video overview ini fokus kepada topik atau aspek tertentu dalam dokumen yang kita muat naik / pilih.

Kelebihan untuk Guru

Bagi guru, ini cara baru yang menarik untuk sampaikan isi pelajaran. Daripada hanya beri nota teks, anda boleh hasilkan video interaktif untuk pelajar. Malah, guru boleh sesuaikan gaya bahasa agar sesuai dengan tahap pelajar sekolah rendah atau menengah.

Teacher presenting a video overview in a classroom. The screen shows an apple and sun.

Kelebihan untuk Pelajar

Pelajar pula dapat guna Video Overview untuk ulang kaji dengan lebih seronok. Bayangkan, nota sejarah atau sains yang panjang boleh ditonton sebagai video ringkas. Ia lebih mudah difahami, dan boleh dipause atau ulang tayang bila perlu.

Man using phone and watching NotebookLM video tutorial in Malay.

Kelebihan untuk Ibu Bapa

Ibu bapa juga boleh guna fungsi ini untuk bantu anak belajar. Contohnya, jika anak sukar faham topik tertentu, ibu bapa boleh masukkan dokumen ke dalam NotebookLM dan hasilkan video dalam Bahasa Melayu. Dengan cara ini, ibu bapa dapat sama-sama ulang kaji bersama anak.

Family using laptop to access NotebookLM's Bahasa Melayu video overview at kolim.google.com

Kesimpulan

Dengan sokongan Bahasa Melayu dalam Video Overview, NotebookLM kini lebih mesra pengguna di Malaysia. Ia memudahkan guru, pelajar, dan ibu bapa untuk mengakses ringkasan pembelajaran dalam bentuk video yang lebih interaktif dan mudah dihadam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan dengan rakan guru, pelajar atau ibu bapa lain.

Rujukan rasmi:

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.