Interface mockup of a simple drawing app, titled "Drawing to Sound," with color palette and preview button.

Kalau kita sebut tentang AI tools, ramai guru akan fikir ini cuma alat untuk “mudahkan kerja” atau “bagi jawapan cepat”. Tapi, Canvas dalam Gemini sebenarnya jauh lebih menarik. Ia bukan sekadar mesin menjawab soalan — ia boleh jadi playground untuk pelajar bereksperimen, meneroka, dan berfikir secara kritikal.

Dalam artikel ini anda akan belajar:

  1. Apa itu Canvas dalam Gemini dan kenapa ia sesuai untuk pendidikan.
  2. Contoh aktiviti interaktif untuk subjek Sains, Matematik, dan Bahasa.
  3. Cara guru boleh ubah prom untuk galakkan pelajar berfikir.
  4. Idea aktiviti kolaboratif dan ulang kaji guna Canvas.
  5. Tips guna Canvas supaya pelajar tak “sekadar menyalin jawapan”.

Apa Itu Canvas Gemini?

Canvas dalam Gemini ialah ruang interaktif di mana guru atau pelajar boleh prompt AI untuk hasilkan simulasi, kuiz, flashcards, laman interaktif dan banyak lagi. Semua ini berlaku dalam bentuk visual dan boleh diubah suai secara langsung.

Advertisement
Overview apa itu Gemini Canvas : sumber Google

Aktiviti Sains Interaktif

Canvas boleh digunakan untuk buat simulasi konsep sains yang susah nak bayang secara teori. Contohnya:

  • Simulasi Ketumpatan & Daya Apungan
    Cuba di sini
    Pelajar boleh ubah jisim dan isipadu objek, tengok sama ada objek terapung atau tenggelam.
    Soalan guru: “Kenapa objek ni terapung walaupun berat?”
  • Simulasi Teori Kinetik Gas
    Cuba di sini
    Ubah suhu dan bilangan zarah, lihat kesan pada kelajuan pergerakan.
  • Simulasi Bunyi (Sains & Muzik)
    Cuba di sini
    Pelajar main not muzik, ubah bentuk gelombang, dan nampak visual gelombang secara langsung.
Collection of writing guide books for aspiring authors. Titles include "Story Structure Architect," "Writer's Helper," and more.

Aktiviti Matematik yang Lebih Visual

Matematik tak semestinya sekadar nombor di papan putih. Dengan Canvas:

  • Unit Circle untuk Trigonometri
    Cuba di sini
    Pelajar gerakkan titik dan nampak nilai sinus, kosinus berubah.
  • Graf Linear y=mx+c
    Cuba di sini
    Ubah nilai m (kecerunan) dan c (paksi pintasan) untuk lihat perubahan graf secara real-time.