Free year of Perplexity Pro with PayPal. Claim now!

Pernah tak cikgu atau ibu bapa rasa penat mencari maklumat di Google, tapi jawapan panjang dan berbelit? Kadang-kadang kita cuma nak jawapan terus, jelas dan padat. Inilah sebabnya ramai mula beralih ke Perplexity AI, iaitu enjin carian pintar yang bagi jawapan macam kawan tengah explain.

Berita baik – sekarang ada cara untuk dapat Perplexity Pro percuma setahun penuh jika anda pengguna PayPal atau Venmo. Jom saya kongsikan caranya.


Apa yang akan anda belajar dalam artikel ini?

  1. Apa itu Perplexity AI dan kenapa menarik untuk cikgu & ibu bapa.
  2. Ciri-ciri istimewa Perplexity Pro berbanding versi biasa.
  3. Cara tebus tawaran akaun Pro percuma melalui PayPal atau Venmo.
  4. Idea bagaimana Perplexity boleh bantu dalam kerja harian.

Apa Itu Perplexity AI?

Perplexity AI ialah enjin carian pintar, macam Google tapi dengan gaya berbual. Ia tak hanya senaraikan pautan, tapi terus beri jawapan ringkas siap dengan sumber.

Advertisement

Bagi cikgu, ini sangat berguna untuk cari nota, bahan PdPR, atau huraian topik. Ibu bapa pula boleh guna untuk bantu anak buat kerja sekolah atau dapatkan jawapan cepat tentang isu semasa.

Saya ada kongsikan lebih lanjut tentang Perplexity AI ni di artikel sebelum ini.

Perplexity AI interface showing options to upgrade to Pro account.
Contoh paparan untuk pengguna biasa (percuma)

Apa Istimewanya Perplexity Pro?

Versi biasa Perplexity dah cukup baik, tapi versi Pro ada tambahan menarik:

  • Carian lebih laju dan tepat.
  • Akses eksklusif kepada Comet Browser, pelayar web dengan AI terbina.
  • Had penggunaan lebih tinggi.
  • Integrasi lebih baik dengan sumber pendidikan dan artikel akademik.

Dengan ciri ini, cikgu boleh jimat masa bila buat persediaan mengajar. Tak perlu buka banyak tab, semua jawapan disatukan.

Perplexity Pro interface showing "Ask anything or @mention a Space" prompt.
Setelah mendapat langganan percuma setahun untuk akaun Pro.

Cara Dapat Perplexity Pro Percuma Setahun

PayPal dan Venmo sedang bekerjasama dengan Perplexity untuk tawaran khas ini. Caranya mudah:

#Langkah Satu: Pastikan anda ada akaun PayPal atau Venmo aktif. (untuk saya, lebih mudah PayPal sebab dah ada akaun PayPal).

#Langkah Dua: Klik Link ini (https://www.perplexity.ai/join/p/paypal-subscription)

Free year of Perplexity Pro with PayPal. Claim now!

#Langkah Tiga: Isi maklumat PayPal anda.

PayPal login page: Enter email or mobile number to get started. Create an account option also shown.

#Langkah Empat: Accept Offer.


Bagaimana Ia Boleh Membantu Cikgu & Ibu Bapa?

Bayangkan cikgu perlu buat nota Sejarah cepat. Hanya taip soalan, Perplexity akan rangkum maklumat siap dengan rujukan. Tak payah buang masa scroll panjang.

Ibu bapa pula boleh guna untuk semak fakta cepat bila anak tanya soalan pelik seperti “Kenapa bulan nampak besar malam ni?” – terus dapat jawapan saintifik dengan penerangan mudah.

Teacher using Perplexity AI laptop in classroom with students

Patutkah Anda Cuba?

Jawapan saya – ya, rugi kalau tak cuba. Biasanya Perplexity Pro berbayar, tapi dengan tawaran ni kita dapat percuma setahun. Lagi best, ia memang relevan untuk dunia pendidikan dan harian kita.

Kalau sesuai, tahun depan boleh fikir untuk teruskan langganan. Kalau tidak, sekurang-kurangnya anda sudah cuba alat teknologi terkini tanpa kos.

Perplexity Pro free trial offer: 12 months free, next charge 9/8/2026. Accept offer button.
Antara paparan antara muka untuk menerima tawaran langganan percuma Perplexity Pro.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk cikgu dan ibu bapa yang nak cari maklumat dengan lebih pantas dan tepat. Kalau rasa berguna, jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan lain.

Rujukan:

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.