Cover of "Penelope and the Prompts," a children's storybook featuring a blue creature drawing amidst stacks of papers and pillows.

Pernah tak rasa nak cipta buku cerita sendiri untuk anak-anak, tapi kurang yakin dengan kebolehan melukis? Atau mungkin anda seorang guru yang mahu jadikan sesi bercerita dalam kelas lebih menarik dengan buku digital bergambar? Jangan risau, sebab Google baru sahaja memperkenalkan teknologi AI terbaru mereka, iaitu Google Gems Storybook, khas untuk bantu anda!

Dalam artikel ini, anda akan belajar:

  • Apa sebenarnya Google Gems Storybook
  • Kelebihan menggunakan Google Gems Storybook untuk pendidikan
  • Panduan langkah demi langkah untuk hasilkan buku cerita sendiri
  • Tips tambahan untuk memaksimumkan penggunaan Gems Storybook

Apa Itu Google Gems Storybook?

asc TimeTables software screenshot; 20 years, 173 countries, 150,000 schools, 7,300,000+ timetables. Perisian Jadual Waktu.

Google Gems Storybook ialah alat AI yang berfungsi mirip GPTs, tetapi khas untuk mencipta buku cerita bergambar secara automatik. Alat ini menggunakan teknologi terkini AI yang dipanggil Gemini, untuk mencipta cerita asli berserta ilustrasi menarik hanya dengan arahan teks ringkas daripada pengguna.