Cara Membuat Backup dari Google Drive dengan Backup & Sync

0
1260

Rata-rata ramai yang sudah membaca maklumat berkaitan Google Drive bakal ditamatkan perkhidmatannya. Namun begitu perlu diperjelaskan di sini bahawa, bukan untuk semua peranti. Hanya bagi peranti komputer Windows dan Mac sahaja.

 

 

Ini sedikit screenshoot maklumat daripada blog GSuite.

 

 

Buat peranti telefon pintar, masih lagi boleh menggunakan aplikasi Google Drive yang telah anda muat turun. Penggunaan aplikasi Google Drive akan digantikan dengan aplikasi Backup & Sync hanya buat komputer sahaja, yang mana semua data anda di dalam Google Drive akan secara automatik synchronise  ke dalam komputer anda. Sama sahaja dengan fungsi Google Drive sebelum ini. Cuma ditambah baik.

 

 

Baik, ini langkah-langkah untuk memuat turun dan memasang aplikasi ini. Bagi yang sudah membuat tetapan kemaskini secara automatik, aplikasi Google Drive akan digantikan dengan Backup & Sync.

 

Cara Memasang Backup & Syns

Langkah 1.

 

Anda perlu muat turun terlebih dahulu aplikasi ini di laman web rasmi.

Klik sini : Backup & Sync

 

 

Langkah 2.

 

Setelah selesai membuat pemasangan, anda boleh membuat penetapan lokasi folder yang mahu anda Backup & Sync dan beberapa tetapan lain. Ini antara contoh paparan tetapan yang boleh anda lakukan. Untuk membuat penetapan ini, hanya perlu right clik pada icon Backup & Sync sebaris dengan lokasi masa pada desktop anda di bahagian bawah, dan pilih preferences.

 

 

Anda boleh memilih untuk membuat tetapan pilihan folder dalam komputer anda yang mahu dibackup atau pilihan folder dari Google Drive anda yang mahu dibackup terus ke komputer anda. Di sini juga anda boleh melihat baki kapasiti yang telah anda gunakan. Setiap akaun Google akan diberikan percuma 15GB.

 

 

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat dan bantuan kepada anda. Jika ada yang tidak faham, komen sahaja di bawah. Saya sedia membantu.

 

Kredit gambar : Arkib Cikguik

Join My WhatsApp Channel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.