Berkongsi Printer Menggunakan Google Chrome

1
1479

Mesin pencetak atau printer kini semakin canggih. Namun begitu, disebabkan kecanggihannya, harga yang ditawarkan juga lebih mahal. Seperti mesin pencetak yang saya gunakan, harganya hampir mencecah RM400. Ini kerana keberkesanannya dalam menjimatkan kos untuk membeli dakwat.

 

Disebabkan kosnya yang agak mahal, tidak releven untuk membeli setiap satu komputer satu mesin pencetak. Di sekolah atau di pejabat, ada komputer dan mesin pencetak yang umumnya digunakan dan disambungkan hanya pada satu-satu komputer. Jadi, dokumen yang hendak dicetak itu dimasukkan ke dalam pendrive dan ke komputer tersebut untuk mencetaknya.

 

 

Namun disebabkan komputer yang hendak kita gunakan bagi tujuan mencetak itu sedang digunakan oleh individu lain, terpaksalah menunggu hingga selesai. Adakalanya, tidak langsung mereka gunakan mesin pencetak itu. Hanya melayari internet untuk mengisi maklumat dan lain-lain. Jadi saya kongsikan cara mudah menggunakan Google Chrome untuk berkongsi mesin pencetak.

 

Berkongsi Printer Untuk Mencetak

 

Cara paling mudah untuk berkongsi printer atau mesin pencetak ini adalah dengan menggunakan aplikasi Google Cloud Print. Video di bawah ada menerangkan serba sedikit tentang Google Cloud Print ini untuk cara kongsi printer.

 

 

Di sini, saya terangkan langkah demi langkah cara untuk berkongsi mesin pencetak melalui Google Chrome. Bagi yang belum mempunyai Google Chrome, ada boleh klik pada perkataan Google Chrome ini untuk muat turun.

 

Langkah 1.

Anda perlu ke https://www.google.com/cloudprint/ . Jika anda masih belum log masuk, pastikan anda log masuk menggunakan email gmail anda atau email Yes anda.

 

cara kongsi printer

 

Langkah 2.

Sekarang ini, buka tab baru di Google Chrome anda. Dan taip ini chrome://devices .

Kemudian klik add printers.

 

 

Langkah 3.

Pilih printer mana yang mahu anda sambungkan dengan server Google Cloud Print untuk dikongsikan. Seterusnya klik Add Printer(s).

 

 

Langkah 4.

Pergi kembali ke https://www.google.com/cloudprint#printers dan anda akan lihat mesin pencetak anda muncul.

 

 

 

 

Langkah 5.

Untuk kongsikan mesin pencetak ini, hanya perlu klik pada nama mesin pencetak atau printer pilihan, dan klik butang hijau Share. Masukkan email gmail atau Yes rakan anda. Pastikan mereka juga log masuk ke akaun Google Chrome dan klik accept perkongsian tersebut di https://www.google.com/cloudprint.

 

 

 

 

Jika ada yang kurang jelas, video di bawah ini ada menerangkan langkah demi langkah dengan lebih jelas.

 

 

Bagaimana Untuk Mencetak Dengan Google Cloud Print

 

Mudah sahaja untuk mencetak menggunakan Google Cloud Print ini. Hanya perlu log masuk dahulu ke akaun Google anda melalui link ini https://www.google.com/cloudprint/

 

Kemudian klik pada butang print dan muat naik fail yang hendak dicetak, pilih pencetak dan cetak. Cuma pastikan komputer mesin pencetak itu mempunyai sambungan internet dan telah dilog masuk Google Chrome menggunakan email tadi.

 

 

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda berkongsi printer dengan rakan-rakan organisasi anda atau antara dua komputer anda sendiri. Jadi, komputer anda yang lama boleh dikongsikan dengan syarat terdapat sambungan dan capaian internet.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.