myViewBoard adalah aplikasi papan putih digital yang direka khas untuk memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ia berfungsi seperti papan putih tradisional tetapi dengan ciri interaktif yang lebih canggih, membolehkan guru mencipta, berkongsi, dan mengurus bahan pengajaran dengan lebih efektif.
Aplikasi ini boleh digunakan pada pelbagai peranti termasuk komputer riba, tablet, dan skrin interaktif. Dengan sokongan terhadap sistem operasi seperti Windows, Android, dan iOS, guru boleh mengakses dan menggunakan myViewBoard di mana-mana sahaja, sama ada di dalam bilik darjah atau secara dalam talian.

Bayangkan ada papan putih digital yang boleh digunakan di mana-mana sahaja, tanpa perlu susah payah membawa pen marker atau memadam kesan dakwat yang tertinggal. Itulah myViewBoard, sebuah aplikasi interaktif yang membantu guru menjadikan pengajaran lebih menarik dan interaktif, sama ada di dalam kelas fizikal atau secara dalam talian. Mari saya kongsikan apa ciri-ciri yang menarik dalam myViewboard ini.
