Setiap kali cikgu jalankan aktiviti projek kelas, mesti ada murid yang aktif, ada yang blur, dan ada yang sekadar ikut kawan, kan? Cabarannya, nak pastikan semua murid terlibat sama rata dan belajar sesuatu yang bermakna.
Sekarang, bila masuk teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam Project-Based Learning (PBL), kita dapat satu peluang baharu. AI bukan sekadar untuk “buat kerja cepat”, tapi boleh bantu murid fikir kritis, kreatif, malah menjadikan projek lebih realistik dan menarik.
Dalam artikel ini anda akan belajar:
- Apa maksud AI dalam PBL dan kenapa ia penting.
- Alat AI sesuai untuk sekolah rendah dan menengah.
- Contoh aktiviti projek PBL yang boleh disokong AI.
- Kelebihan AI dalam pembelajaran.
- Cabaran sebenar bila AI dibawa masuk ke bilik darjah.
Apa Itu AI dalam PBL?
PBL atau Pembelajaran Berasaskan Projek memang dah lama jadi fokus kurikulum baharu negara (Kurikulum 2027). Ia tekankan kemahiran abad ke-21: pemikiran kritis, kreativiti, kerjasama.
Bila digabung dengan AI, projek murid jadi lebih peribadi dan “hidup”. Contohnya, murid boleh gunakan aplikasi VR untuk jelajah sistem suria, atau chatbot untuk bantu susun idea projek. Malah, ada program AI Summer Camp di Perlis yang libatkan ratusan murid sekolah rendah meneroka AI secara hands-on.

