Tukar Format PDF kepada Word dan Lain-Lain

29
542

Fomat PDF banyak digunakan dalam setiap dokumen yang diterima kerana ianya merupakan format yang selamat dan dapat dibaca pada kebanyakan komputer. Ini termasuk komputer tablet, komputer riba dan komputer meja kerana setiap komputer ini sudah dipasang dengan perisian pembaca PDF.

 

pdf reader

 

Antara contoh pembaca PDF yang digermari ramai adalah Adobe Acrobat PDF Reader, Foxit Reader dan Sumatra PDF. Namun antara ketiga-ketiga pilihan ini, saya menggunakan Sumatra PDF kerana paling ringan dan cepat. Di samping ia akan menanda muka surat yang kita baca dan membuka ia kembali di tempat yang ditanda tersebut.

 

 

Tukar Format PDF kepada Format Lain

 

 

Kebiasaannya, kita sebagai guru banyak menukar format PDF kepad format lain (PDF to WORD, PDF to Power Point dll.) adalah ketika hendak menyiapkan kertas-kertas soalan peperiksaan, menyediakan kertas kerja, borang-borang dan lain-lain. 

tukar-format

Hal ini berlaku kerana kebanyakan soalan dan dokumen yang diperolehi serta dimuat turun dari internet banyak menggunakan format ini.

 

PDF kepada Word

 

Sudah diketahui umum, .doc dan .docx merupakan pengenalan file name extension kepada dokumen berformat Word. Manakala PDF pula mengguna pakai file name extension .pdf. Jadi untuk memastikan penukar format PDF kepada Word itu berjaya, hanya perlu lihat file name extension berubah setalah memlalui proses transformasi ini.

 

file name extension

 

Di sini saya menggunakan aplikasi atas talian untuk tujuan menukar PDF kepada WORD (PDF to WORD). Mudah, ringan dan tidak perlu memuat turun sebarang perisian untuk dipasang ke dalam komputer.

 

SmallPDF.com

 

tukar pdf kepada word

 

Laman ini dapat memberi manfaat kepada semua warga pendidik yang kerap membuat penukaran format dokumen. Lebih-lebih lagi PDF.

 

3 Langkah Mudah Menukar Format PDF Kepada WORD

 

1. Klik pada url ini dan pilih penetapan format yang hendak diubah. Contohnya PDF kepada Word.

 

tukar pdf kepada word
2. Muat naik dokumen atau pilih dari Drop Box dan Google Drive.

 

tukar pdf kepada word
3. Muat turun dokumen yang sudah berjaya diubah format.

 

langkah-3 muat turun

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan kemudahan kepada tugas dan kerja pejabat anda.

 

Kredit gambar : Smallpdf.com, Arkib CikguIK.com,

29 COMMENTS

  1. satu usaha yang baik. saya nak tambah sikilah..nak kongsi,
    kalau pakai office 2016, tak payah guna converter dah. Kerana word itu sendiri mempunyai fungsi convert ke PDF dan save ke PDF. Dalam kata lain msword boleh buka PDF dalam bentuk yang boleh di sunting.
    Apa-apa pun artikel ini boleh membantu sesiapa sahaja yg blom ada office 2016.

      • Assalamualaikum
        1) utk semua file words, powerpoint, excel, jpg serta autocad… sy biasanya guna SAVEAS utk jadikan pdf. amat mudah
        2) satu lagi cara saya PRINT. biasanya ke printer tetapi boleh juga print ke pdf
        3) pdf berguna utk mengisi borang, skt dll terus dari adobe guna ikon “Type Text”
        Harap2 ada manfaat. wassalam.

  2. Assalamualaikum, saya dah berjaya convert file pdf ke words tapi xbleh nk edit kandungan di dalam nya.. Adakah ia memang macam tu, tolong beri pencerahan.. terima kasih.

  3. alhamdulillah…terima kasih atas perkongsian..saya dah buat apa yang cikgu kongsikan..sangat mudah..semoga bertambah lagi rezeki cikgu berkat ilmu yang dikongsi…aamiin

  4. As salam,

    Minta pendapat, sejauh mana, website online ni betul-betul sekuriti dan privasi dalam convert dokumen dari M.word kepada PDF. Sesetengah dokumen mungkin private and confidential, contohnya soalan-soalan peperiksaaan (sekolah & universiti), surat perjanjian-perjanjian melibatkan angka-angka, laporan, thesis master, PhD dan sebagainya. Minta pandangan tuan.

    • Waalaikumussalam.

      Setiap website ada terma dan syarat-syarat mereka. Jadi, sebelum menggunakan sebarang perkhidmatan, baik untuk buka dan lihat terma dan syarat. Ada yang percuma tetapi mereka menyimpan dokumen yang diubah format. Dan ada juga yang hanya menyimpan dokumen tersebut dalam tempoh 24jam sahaja. Jika dokumen yang sulit dan perlukan perlindungan rapi, saya sarankan untuk muat turun perisian untuk menukar format dokumen ini ke dalam komputer dan memasang ia di dalam komputer tersebut.

      Ubah format lebih selamat jika dilakukan dalam komputer sendiri.

  5. waaaaa… sangat bagus perkongsian cikgu! da cuba smallpdf. memang senang dan cepat… senanglah sy nk buat rpt utk semakan kurikulum terbaru ni.. almaklumlah semua fail dlm pdf n lari sikit formatnye klu direct copy dr pdf.. terima kasih byk2 cikgu… semoga dipermudahkan segala urusan dengan izinNya

  6. Saya dah lama guna online software smallpdf ni. Memang bagus. Tp downside untuk online ni, kalau x silap saya cuma boleh guna untuk beberapa kali dalam sehari.

    • Oh, saya ada trick untuk guna lebih dari beberpa kali. Hanya perlu jadikan web browser kita dalam mode Incognito dan boleh digunakan lagi. Selain daripada itu, boleh gunakan juga browser lain dan gunakan mode incognito bagi browser tersebut untuk tambahan penggunaan.

Leave a Reply to Wan Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.