Fomat PDF banyak digunakan dalam setiap dokumen yang diterima kerana ianya merupakan format yang selamat dan dapat dibaca pada kebanyakan komputer. Ini termasuk komputer tablet, komputer riba dan komputer meja kerana setiap komputer ini sudah dipasang dengan perisian pembaca PDF.
Antara contoh pembaca PDF yang digermari ramai adalah Adobe Acrobat PDF Reader, Foxit Reader dan Sumatra PDF. Namun antara ketiga-ketiga pilihan ini, saya menggunakan Sumatra PDF kerana paling ringan dan cepat. Di samping ia akan menanda muka surat yang kita baca dan membuka ia kembali di tempat yang ditanda tersebut.
Tukar Format PDF kepada Format Lain
Kebiasaannya, kita sebagai guru banyak menukar format PDF kepad format lain (PDF to WORD, PDF to Power Point dll.) adalah ketika hendak menyiapkan kertas-kertas soalan peperiksaan, menyediakan kertas kerja, borang-borang dan lain-lain. [sociallocker id=1421]
Hal ini berlaku kerana kebanyakan soalan dan dokumen yang diperolehi serta dimuat turun dari internet banyak menggunakan format ini.
PDF kepada Word
Sudah diketahui umum, .doc dan .docx merupakan pengenalan file name extension kepada dokumen berformat Word. Manakala PDF pula mengguna pakai file name extension .pdf. Jadi untuk memastikan penukar format PDF kepada Word itu berjaya, hanya perlu lihat file name extension berubah setalah memlalui proses transformasi ini.
Di sini saya menggunakan aplikasi atas talian untuk tujuan menukar PDF kepada WORD (PDF to WORD). Mudah, ringan dan tidak perlu memuat turun sebarang perisian untuk dipasang ke dalam komputer.
SmallPDF.com
Laman ini dapat memberi manfaat kepada semua warga pendidik yang kerap membuat penukaran format dokumen. Lebih-lebih lagi PDF.
3 Langkah Mudah Menukar Format PDF Kepada WORD
1. Klik pada url ini dan pilih penetapan format yang hendak diubah. Contohnya PDF kepada Word.
2. Muat naik dokumen atau pilih dari Drop Box dan Google Drive.
3. Muat turun dokumen yang sudah berjaya diubah format.
[/sociallocker]
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan kemudahan kepada tugas dan kerja pejabat anda.
Kredit gambar : Smallpdf.com, Arkib CikguIK.com,
bagus sekali perkongsian cikgu..by the way..apa eh nama plugin popup kt blog ni ye?macam menarik plak kan..:D
Owh, saya gunakan OptinMonster. 🙂
satu usaha yang baik. saya nak tambah sikilah..nak kongsi,
kalau pakai office 2016, tak payah guna converter dah. Kerana word itu sendiri mempunyai fungsi convert ke PDF dan save ke PDF. Dalam kata lain msword boleh buka PDF dalam bentuk yang boleh di sunting.
Apa-apa pun artikel ini boleh membantu sesiapa sahaja yg blom ada office 2016.
Alhamdulillah. Suka saya bila ada yang turut berkongsi di sini. Ya, betul tu. Jadi, boleh gunakan kelebihan ini untuk kemudahan kerja-kerja pengkeranian kita.
Assalamualaikum
1) utk semua file words, powerpoint, excel, jpg serta autocad… sy biasanya guna SAVEAS utk jadikan pdf. amat mudah
2) satu lagi cara saya PRINT. biasanya ke printer tetapi boleh juga print ke pdf
3) pdf berguna utk mengisi borang, skt dll terus dari adobe guna ikon “Type Text”
Harap2 ada manfaat. wassalam.
Assalamualaikum, saya dah berjaya convert file pdf ke words tapi xbleh nk edit kandungan di dalam nya.. Adakah ia memang macam tu, tolong beri pencerahan.. terima kasih.
Waalaikumussalam. Sekrianya tidak dapat edit, mungkin data yang ada pada pdf itu adalah pada format gambar. Boleh cuba dengan aplikasi atas talian ini pula : http://www.onlineocr.net/
assalam..
terima kasih perkongsian yg bermanfaat..
bagaimanapon saya ada juga kongsi berkaitan PDF security lock & unlock utk advance user..
Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba.
Sangat simple dan mudah! 🙂
setelah format pdf dh ditukar pd word cmne nk edit pulak dlm word tu?
Boleh gunakan ini untuk dicuba. http://www.onlineocr.net/ Saya gunakan ini sekiranya tidak dapat edit di dalam word. Atas faktor file asal di dalam pdf tersebut adalah berformat gambar.
Terima kasih cikguik atas perkongsian di atas. Sangat.berguna.
Terima kasih atas perkongsian. Sangat membantu
alhamdulillah…terima kasih atas perkongsian..saya dah buat apa yang cikgu kongsikan..sangat mudah..semoga bertambah lagi rezeki cikgu berkat ilmu yang dikongsi…aamiin
Tq… bnyk manfaat. Izinkan sy share yer…
Sama-sama. Silakan untuk share. Moga ianya membantu semua.
Menarik dan cantik sekali design websitnya. Saya suka. Minimalist.
Tapi saya lebih suka online-convert.com sebab lagi banyak pilihan. 🙂
assalamualaikum. saya nak tanya. macam mana pulak kalu kita scan gambar banyak- banyak pastu nak jadikan 1 file pdf sahaje. mohon bantuan
Waalaikumussalam. Boleh saya tahu, samada gambar tersebut mahu sekeping-sekeping atau mahu jadikan seperti majalah pdf? Solusi yang mudah adalah dengan membuat intalasi printer pdf. Boleh lihat dan rujuk video ini.
https://www.youtube.com/watch?v=HS0_GcUPTCU
As salam,
Minta pendapat, sejauh mana, website online ni betul-betul sekuriti dan privasi dalam convert dokumen dari M.word kepada PDF. Sesetengah dokumen mungkin private and confidential, contohnya soalan-soalan peperiksaaan (sekolah & universiti), surat perjanjian-perjanjian melibatkan angka-angka, laporan, thesis master, PhD dan sebagainya. Minta pandangan tuan.
Waalaikumussalam.
Setiap website ada terma dan syarat-syarat mereka. Jadi, sebelum menggunakan sebarang perkhidmatan, baik untuk buka dan lihat terma dan syarat. Ada yang percuma tetapi mereka menyimpan dokumen yang diubah format. Dan ada juga yang hanya menyimpan dokumen tersebut dalam tempoh 24jam sahaja. Jika dokumen yang sulit dan perlukan perlindungan rapi, saya sarankan untuk muat turun perisian untuk menukar format dokumen ini ke dalam komputer dan memasang ia di dalam komputer tersebut.
Ubah format lebih selamat jika dilakukan dalam komputer sendiri.
waaaaa… sangat bagus perkongsian cikgu! da cuba smallpdf. memang senang dan cepat… senanglah sy nk buat rpt utk semakan kurikulum terbaru ni.. almaklumlah semua fail dlm pdf n lari sikit formatnye klu direct copy dr pdf.. terima kasih byk2 cikgu… semoga dipermudahkan segala urusan dengan izinNya
Terima kasih Rein-rein. Moga ianya dapat membantu Rein. 🙂
Terima kasih atas perkongsian
Sama-sama. Semoga bermanfaat. 🙂
Saya dah lama guna online software smallpdf ni. Memang bagus. Tp downside untuk online ni, kalau x silap saya cuma boleh guna untuk beberapa kali dalam sehari.
Oh, saya ada trick untuk guna lebih dari beberpa kali. Hanya perlu jadikan web browser kita dalam mode Incognito dan boleh digunakan lagi. Selain daripada itu, boleh gunakan juga browser lain dan gunakan mode incognito bagi browser tersebut untuk tambahan penggunaan.
terima kasihh
Sama-sama.