=Menu

Tarikh Baru Sesi Persekolahan 2015

Berikutan musihbah yang menimpa negara kita pada penghujung tahun 2015, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh baru sesi persekolahan 2015.  Ini bertujuan untuk memberi laluan kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat dengan bencana banjir ini membuat penambahbaikan semula rumah mereka yang rosak dan urusan-urusan lain.

 

kenyataan-media-tpm-sesipersekolahan

 

 

Sedikit petikan daripada kenyataan media tersebut :

 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

 

Diharapkan kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan mereka yang terlibat. Kita yang tidak terlibat secara langsung, diharap dapat menghulurkan bantuan semampu yang boleh. Bantuan boleh dibuat melalui sumbangan derma kewangan dan barang-barang keperluan harian yang lain.

 

Semoga keadaan akan menjadi lebih baik akan datang.

 

Baca kenyatan media tersebut di sini : Link asal.

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

0 comments… add one

Leave a Comment