=Menu

Takwim Peperiksaan Awam 2015

Sudahkah para pendidik dan semua pelajar memulakan langkah dan menyusun strategi untuk menghadapi peperiksaan awam pada tahun 2015 ini? Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan tarikh rasmi untuk peperiksaan seperti UPSR dan PT3 bagi tahun 2015.

 

4121932555_dc0a96153d_z

 

Klik sini untuk lihat di portal rasmi : Tarikh Peperiksaan Awam 2015

 

Tarikh Peperiksaan UPSR 2015

 

Peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 8 hingga 10 September 2015 (Selasa-Khamis). Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk para guru mempersiapkan pelajar tahun enam untuk bersedia menghadapi UPSR terakhir dengan silibus pembelajaran KBSR.

 

 

Diharapkan tidak berlaku lagi tragedi kebocoran soalan yang sedikit sebanyak menggangu emosi dan keputusan peperiksaan pelajar pada tahun lalu.

 

Tarikh Peperiksaan PT3 2015

 

Peperiksaan Pt3 yang menggantikan PMR pada tahun lalu banyak dibincangkan akan kesannya kepada pendidikan di negara kita. Namun apa yang pasti, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mahukan yang terbaik untuk semua. Kepada pendidik, Lembaga Peperiksaan telah menetapkan tarikh peperiksaan PT3 ini pada berikut :

 

  1. Ujian Bertulis : 12,13 dan 15 Oktober 2015
  2. Ujian Lisan : Bertutur 4 – 28 Ogos 2015 & Mendengar 11 Oktober 2015
  3. Ujian Pelbagai Instrumen : Geografi 21 Jun – 3 Julai 2015 & Sejarah 5 -16 Julai 2015.

 

Semoga semua bersedia dengan cabaran dan ujian yang bakal ditempoh ini.

 

tarikh-peperiksaan--awam-2015

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, neys fadzil

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

0 comments… add one

Leave a Comment