Home Teknologi Pendidikan Semak Kertas Jawapan OMR dengan Mudah

Semak Kertas Jawapan OMR dengan Mudah

0

Tugas warga pendidik yang utama adalah mengajar dan mendidik anak didik dengan baik dan tertib. Namun itu bukan sahaja tugas hakiki mereka. Menanda soalan-soalan peperiksan dan ujian juga sudah menjadi inti dalam bidang kerjaya pendidik.

 

kertas jawapan OMR

 

Bagi ujian dan peperikan yang menggunakan ketas jawapan OMR, saya akan kongsikan satu perisian yang boleh membantu menjimatkan masa untuk menanda dan mendapatkan markah.

 

Kertas Jawapan OMR

 

Bagi yang tidak tahu, kertas jawapan OMR (Optical Mark Recognition) adalah kertas jawapan yang hanya memerlukan calon ujian atau calon peperiksaan menghitamkan, menandakan pilihan jawapan.

 

 

Kertas jawapan OMR ini kebiasaannya mempunyai pilihan jawapan A,B,C atau D dan mungkin lebih sehingga E. Penggunaan ketas jawapan OMR ini sebenarnya digunakan bersama dengan perisian khas dan mesin pengimbas bagi memudahkan analisa jawapan dibuat dan markah digredkan untuk setiap helaian kertas jawapan OMR.

 

Muat turun kertas objektif OMR : Klik SINI

 

Perisian Semak Kertas Jawapan OMR

 

Terdapat pelbagai perisian untuk menyemak kertas jawapan OMR yang ada di pasaran. Namun begitu saya membuat satu pilihan kerana paparan yang mudah untuk difahami dan senang digunakan.

 

AnyScanChecker OMR

 

Perisian ini adalah percuma namun  begitu terdapat beberapa fungsi yang memerlukan langganan atau pembelian lanjut. Perisian ini dibangunkan oleh Chiron Software.

 

 

 

 

Seperti yang telah diterangkan di atas, perisian ini dapat memudahkan untuk semakan kertas jawapan OMR. Hanya perlu sediakan imbas kertas jawpan OMR yang sudah diisi dengan skema jawapan dan kertas jawapan calon peperiksaan. Kemudian drag dan drop sahaja.

 

Muat turun perisian AnyScanCherker OMR : Klik SINI

 

Semoga perkongsikan pada kali ini dapat membantu warga pendidik menjadi lebih efisyen dalam tugas seharian. Selamat bereksplorasi.

 

Kredit gambar : ChironSoftwareKeith WilliamsonBy: Keith WilliamsonIKP Centre for Technologies

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version