Pernah tak cikgu rasa ujian Google Certified Educator (GCE) dulu agak panjang, banyak teori, dan memenatkan? Ramai guru berkongsi rasa yang sama. Berita baik untuk kita semua. Google telah merombak program pensijilan Google Certified Educator Level 1 dan Level 2 supaya lebih praktikal dan relevan.
Saya sendiri berpeluang mencuba program pensijilan ini semasa tempoh percubaan pada bulan September yang lepas. Perkongsian di sini adalah berdasarkan pengalaman tersebut. Perlu diingat, soalan mungkin sedikit berubah dan ada variasi mengikut set ujian. Intinya tetap sama. Kemahiran sebenar dalam Google Workspace menjadi tumpuan utama.
Dalam artikel ini anda akan belajar:
- Perbezaan format lama dan baharu.
- Cara Lab Exam berjalan dan apa yang dinilai.
- Bilangan soalan untuk GCE Level 1 dan GCE Level 2.
- Contoh tugasan praktikal yang biasa keluar.
- Strategi masa, persediaan teknikal, dan tip lulus.
- Senarai semak terakhir sebelum hari ujian.
Apa yang Sebenarnya Berubah?

Dulu, ramai calon bergelut dengan MCQ dan senario panjang. Banyak hafalan. Ada yang lulus, tetapi kurang yakin mengajar dengan aplikasi Google. Sekarang, Google mengutamakan demonstrasi kemahiran. Kita buat tugasan sebenar. Bukan sekadar pilih jawapan.
Perubahan besar ialah kemunculan Lab Exam. Calon akan berada dalam persekitaran mirip Google Workspace sebenar. Ada tugasan terperinci. Ada butang “Check my progress” untuk semak pencapaian setiap langkah. Rasa seperti mengajar di kelas sendiri. Bezanya, masa dikawal, dan kriteria dinilai lebih spesifik.
Gambaran Umum Level 1

Komponen ujian GCE Level 1:
- Quiz B: 37 soalan objektif. Fokus pada asas Google Workspace.
- 3 Lab Exam. Setiap satu 1 jam.
- Google Classroom: buat kelas, cipta tugasan, umumkan mesej, urus turn-in.
- Google Docs & Google Drive: kongsi, tetapan akses, komen, versi dokumen, susun folder.
- Google Forms & Google Sheets: bina borang, tetapan respon, hubungkan ke Sheets, lihat data asas.
Penekanan Level 1 ialah key basics. Cikgu perlu selesa mengendali alatan teras. Tidak rumit. Tetapi perlu tepat. Setiap langkah diukur. Salah satu langkah tertinggal, markah tidak penuh.
Gambaran Umum Level 2

Komponen ujian GCE Level 2:
- Quiz B: 25 soalan objektif. Senario lebih realistik.
- 3 Lab Exam. Setiap satu 1 jam.
- Google Classroom Lab B: tetapan lebih kompleks, rubrik, import markah, dan koordinasi arahan.
- Google Slides: bina pembentangan interaktif, hyperlink antara slide, video playback automatik, dan pengurusan kolaborasi.
- Google Forms: soalan lanjutan, file upload, pengurusan respons, dan integrasi Google Classroom.
Level 2 menguji penggunaan advanced dan kolaborasi. Banyak kawalan detail. Contohnya, kawal akses, sediakan rubrik, dan pantau Class Insights. Pengurusan masa amat penting di sini.
Jadual Perbandingan Pantas
| Tahap | Bilangan Soalan Quiz | Lab Exam | Fokus Kemahiran |
|---|---|---|---|
| Level 1 | 37 soalan | Classroom, Docs & Drive, Forms & Sheets | Asas Google Workspace |
| Level 2 | 25 soalan | Classroom B, Slides, Forms | Advanced & kolaborasi |
Bagaimana Lab Exam Berfungsi?

Setiap Lab Exam mengandungi beberapa tugasan. Biasanya berurutan. Contoh aliran di Google Classroom:
- Cipta kelas baharu.
- Cipta topik dan tugasan.
- Tambah bahan rujukan dari Google Drive.
- Tetapkan tarikh hantar dan markah.
- Terbitkan dan semak status di stream atau classwork.
Cikgu tekan “Check my progress” selepas selesai setiap tugasan. Jika ada langkah tertinggal, sistem akan memaklumkan. Ulang semula sehingga tanda hijau keluar. Ini membantu kita kekal fokus, dan elak kehilangan markah kecil yang penting.

Contoh Tugasan Nyata Yang Saya Temui

- Slides (L2): jadikan video autoplay dan buat hiperpautan bentuk ke slide tertentu.
- Forms (L1 & L2): tambah File upload, tetapkan kunci jawapan, dan hubungkan ke Sheets.
- Docs (L1): semak Version history, gunakan Suggesting mode, dan pos komen terarah.
- Drive (L1): kongsi folder, tetapkan peranan Viewer/Commenter, dan susun struktur.
- Calendar (L1): guna Appointment schedule dengan buffer time.
- Meet (L1 & L2): urus Host controls, buka Breakout rooms, dan fahami simpanan rakaman di Drive.
Nota: tugasan boleh berubah mengikut set. Tetapi pola kemahirannya konsisten. Google Certified Educator menilai sama ada cikgu benar-benar boleh mengajar dengan Google Workspace.
Strategi Masa Ketika Ujian

- Baca semua tugasan dahulu. Tandakan tugasan yang cepat.
- Kunci markah mudah. Buat langkah yang pasti hijau dahulu.
- Jangan tersekat. Jika satu langkah gagal hijau, beralih dahulu. Kembali semula 10 minit terakhir.
- Semak semula. Gunakan baki 5 minit untuk tekan Check my progress pada semua tugasan.
- Simpan stabiliti. Elak terlalu banyak tab. Fokus pada arahan dalam Lab Exam.
Persediaan Teknikal Yang Disyorkan

- Peranti: Laptop atau desktop. Skrin lebih luas memudahkan.
- Pelayar: Google Chrome versi terkini. Nyahaktifkan extension yang mengganggu.
- Internet: Stabil. Elak hotspot berkongsi ramai.
- Akaun: Guna akaun yang disarankan oleh platform ujian. Pastikan Drive dan Meet berfungsi normal.
- Bahasa: Tetapkan bahasa antaramuka yang cikgu selesa. Ini menjimatkan masa membaca menu.
Kesilapan Biasa Dan Cara Elak

- Terlepas satu langkah kecil. Contoh: lupa Assign tugasan di Classroom. Ubatnya, ikut arahan satu per satu.
- Tetapan kebenaran salah. Contoh: beri Editor bila sepatutnya Viewer. Semak semula sebelum tekan check.
- Tidak menekan “Check my progress”. Sentiasa semak selepas beberapa langkah.
- Terlalu banyak tab. Kurangkan gangguan. Buat satu aplikasi satu masa.
- Menghafal tanpa latihan. Ingat, ini Lab Exam. Amalkan kerja harian dalam Google Workspace.
Senarai Semak 7-Hari Sebelum Ujian

- Hari -7: Ulangkaji asas GCE Level 1 atau GCE Level 2 mengikut sasaran.
- Hari -6: Latih Classroom. Cipta kelas, tugasan, rubrik.
- Hari -5: Latih Docs & Drive. Kongsi, komen, versi, susun folder.
- Hari -4: Latih Forms & Sheets. Kunci jawapan, file upload, lihat Column stats.
- Hari -3: Latih Slides. Hyperlink, video autoplay, susun layout.
- Hari -2: Latih Meet & Calendar. Host controls, breakout, appointment schedule.
- Hari -1: Semak peranti, internet, dan akaun. Tidur awal. Tenang.
Kenapa Pensijilan Bukan Matlamat Akhir

Jika cikgu benar-benar mahu menjadi Google Certified Educator, tujuan kita lebih besar daripada sijil. Kita mahu kemahiran tulen. Supaya cikgu boleh bantu rakan sekerja dan murid setiap hari. Pensijilan GCE hanyalah pengiktirafan. Kemahiran pula ialah nilai yang hidup dalam bilik darjah. Mulakan dengan latihan kecil setiap hari. Lama-lama jadi tabiat kerja.
Penutup

Perubahan ini menjadikan pensijilan Google Certified Educator lebih adil dan bermakna. Ia mengukur apa yang kita buat, bukan apa yang kita hafal. GCE Level 1 mengesahkan asas kukuh. GCE Level 2 membuktikan kebolehan mengurus pengajaran digital yang maju. Ambil kesempatan ini untuk menilai diri, dan perkemas amalan PdP.
Semoga perkongsian pengalaman ini membantu cikgu memilih laluan yang sesuai. Jika bermanfaat, kongsikan artikel ini dengan rakan guru dan pentadbir sekolah. Sama-sama kita naik taraf kemahiran Google Workspace untuk manfaat murid.
Rujukan rasmi



