=Menu

Perkongsian Ilmu Pembelajaran Secara Atas Talian Bersama Google

Tidak lama lagi akan ada satu perkongsian ilmu secara atas talian akan berlangsung khas untuk warga pendidik. Program yang di namakan Education on Air Malaysia ini adalah pertama kali diadakan di Malaysia. Warga pendidik hanya perlukan talian internet bagi membolehkan berdiskusi dan mendengar perkongsian yang bakal dibawakan kelak.

 

belajar atas talian

 

Perkongsian atas talian ini berfokus kepada cara-cara untuk mentransformasi bilik darjah anda dengan teknologi pendidikan (edtech) daripada para guru dan pakar pendidikan Malaysia. Selain itu, warga pendidik juga dapat melebarkan jaringan dan bersuai kenal secara atas talian dengan warga pendidik lain. Kolaborasi atas talian ini juga dapat membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di institusi masing-masing.

 

kolaborasi-guru

 

Antara kelebihan lain ialah persidangan yang dilaksanakan secara atas talian ialah, kos perjalanan dan penginapan dapat dikurangkan. Serta pada masa yang sama, kita boleh memilih pada waktu dan topik mana yang hendak kita terlibat.

 

Selain itu, dapatlah kita belajar idea-idea baru dari mereka yang memainkan pelbagai peranan dalam pendidikan dan mendapatkan petunjuk dan teknik dari guru-guru Malaysia yang telah berjaya meningkatkan penyertaan, kerjasama dan produktiviti pelajar dengan menggunakan teknologi dan inovasi

 

Aturcara Persidangan Atas Talian

 

Persidangan atas talian ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu ucaptama dan panel serta sesi kelompok. Ucaptama dan panel ini merupakan jadual acara utama yang akan bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

 

ucaptama-dan-panel

 

Manakala sesi kelompok pula akan dibahagikan kepada beberapa kategori samaada untuk warga pendidik, guru-guru besar, teknologi maklumat dan sesiapa sahaja. Berikut merupakan sesi-sesi yang bakal berlangsung bagi setiap kategori.

 

#Warga Pendidik

warga-pendidik

 

#Guru-guru Besar

guru-guru-besar

 

#Teknologi Maklumat

teknologi-maklumat

 

#Sesiapa Sahaja

sesiapa-sahaja

 

Untuk dapatkan tentatif terkini dan terus mendaftar boleh rujuk di laman rasmi Education on Air Malaysia.

Laman Rasmi : https://educationonair.withgoogle.com/

 

 

Ia adalah persidangan dalam talian. Anda boleh turut serta dengan menggunakan komputer peribadi anda di rumah, atau di mana sahaja anda berada. Jangan lupa untuk mendaftar. Ianya adalah percuma. Selamat menimba ilmu.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK.com, Education On Air,

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

0 comments… add one

Leave a Comment