Panduan Lulus MUET

18
892

Bahasa Inggeris memang menjadi satu kewajiban kepada semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sekurang-kurangnya tahu dan boleh bertutur dalam bahasa ini. Sejak dari bangku sekolah lagi sudah kita diajar dengan Bahasa Inggeris. Bermula daripada fonetiknya sehingga pembinaan ayat dan perbualan.

 

english

 

Namun baru-baru ini pada pembentangan belanjawan 2015, kita dikhabarkan dengan berita terdapat syarat minimum untuk melayakkan calon lepasan SPM dan STPM memasuki IPTA iaitu Band 2 bagi ujian MUET. Apa itu ujian MUET?

 

Seperti yang ramai sedia maklum, MUET ialah singkatan kepada Malaysian University English Test. Ianya dikelolakan dibawah pengurusan Majlis Peperiksaan Malaysia dan dilaksanakan tiga kali setahun, Mac, Julai dan November. Setiap keputusan, sahlakunya adalah lima tahun bagi keputusan MUET selepas tahun 2009.

 

Teknik Lulus MUET

 

Terdapat empat komponen yang diuji di dalam ujian MUET ini. Iaitu Listening (45), Speaking (45), Reading (120) dan Writing (90) dengan markah keseluruhan 300. Bagi memenuhi syarat minumum kelayakan ke IPTA, Band 2 perlu diperolehi setiap bakal mahasiswa dan mahasiswa dengan markah di antara 100 hingga 139.

 

 

MUET

 

 

Garis Panduan Kelayakan Minimum IPTA

 

Bermula pada Januari 2015, kelayakan minimum kemasukan pelajar ke IPTA adalah mengikut bidang pengajian yang hendak mereka ceburi.

 

Syarat MUET bagi Kemasukan ke IPTA

  1. MUET Band 2 : Pengajian Sastera dan Sains Sosial
  2. MUET Band 3 : Pengajian Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik atau STEM
  3. MUET Band 4 : Pengajian Undang-undang dan Perubatan

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Bagi syarat untuk bergraduan pula telah ditetapkan untuk setiap bidang pengajian di atas meningkat satu tingkat Band.

 

Syarat MUET bagi Mahasiswa dan Mahasiswi Bergraduan

  1. MUET Band 3 : Pengajian Sastera dan Sains Sosial
  2. MUET Band 4 : Pengajian Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik atau STEM
  3. MUET Band 5 : Pengajian Undang-undang dan Perubatan

 

Teknik Lulus MUET

 

Ujian sememangnya dibuat untuk memberi cabaran dan tekanan kepada setiap calon. Namun terdapat langkah-langkah dan teknik serta cara untuk lulus MUET dengan mudah. Persediaan rapi dengan cara yang betul dapat memastikan calon lulus dengan mudah.

 

Antara perkara yang perlu dilakukan bagi calon-calon peperiksaan MUET ini adalah seperti berikut :

  • Membaca dan berlatih untuk keempat-empat seksyen peperiksaan yang dinilai.
  • Berbincang dengan calon-calon lain tentang cara dan teknik yang mereka lakukan
  • Memiliki slip panggilan peperiksaan MUET dan kad pengenalan ada dalam simpanan
  • Tahu lokasi peperiksaan MUET akan dijalankan dan sudah merancang kaedah untuk ke sana
  • Berdoa dan memohon untuk diberikan kekuatan dan kemudahan menjalani ujian MUET

 

Selain daripada itu, calon juga perlu untuk cuba untuk menjawab set-set soalan yang terdiri daripada komponen yang diuji dalam MUET itu sendiri. Bagi calon yang ingin mendapatkan set-set soalan dan panduan lengkap teknik lulus MUET, rahsia lulus MUET, dan panduan lulus MUET boleh dapatkan di link bawah.

 

Panduan Lengkap Lulus MUET :  https://www.cikguik.com/MUET

 

Rahsia Lulus MUET

 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit info kepada anda semua tentang MUET dan persediaan yang perlu dilakukan. Semoga berjaya menghadapi peperiksaan MUET kelak.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Howard Lakekedoink kedondeng

18 COMMENTS

  1. bole ke klau kita nak buat semula exam muet untuk certain paper sahja? mcm ambik test untuk paper reading and speaking sahaja? huhu…hahahah…nmpak sngt dpt rendah bahagian tu…huhuhuurmmm tsk tsk

    • Waalaikumussalam. Kebisaannya, apabila hendak membuat peperiksaan ulangan bagi MUET ini, perlu mengambil semua bahagian. Tidak boleh untuk mengambil hanya sebahagian sahaja. Untuk lebih lajut, mohon hubungi pihak Lembaga Peperiksaan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

  2. salam, saya mendapat 7A 2D dlm spm. Subjek D saya ialah BI & ADDMTH . saya merupakan pelajar akaun. Soalan saya, adakah saya perlu mengambil semula exam BI untuk mendapat gred C ke atas utk saya memasuki IPTA atau tidak perlu kerana mempunyai MUET?

  3. Bagaimana sya nak lulus muet sekuran-kurannya band 3 untuk permohonan syarat biasiswa.
    Bagaimana saya nak dptkan Buku Panduan Mudah Muet tersebut.

  4. Sy nk tanye..bagaimana band seseorang itu ditentukan?..adakah melalui pnambahan markah keseluruhan bagi setiap jnis soalan dan dinilai ..jika dtambah kesemuanya..berapakah markah untuk band 4

Leave a Reply to Cikgu IK Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.