=Menu

Navigasi Peta Malaysia Untuk Cikgu, Murid dan Ibu Bapa

Peta bermaksud lukisan atau gambar kedudukan negeri, sungai, gunung dan lain-lain perihal geografi. Peta yang suatu dahulunya hanya dapat dilihat di atas kertas kini sudah dapat dimuat turun pada telefon bimbit yang kecil dan boleh digunakan untuk navigasi kenderaan.

 

peta-malaya

 

Kecanggihan teknologi ini dapat memudahkan penggunanya bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa mengalami kesukaran dengan tetapan dan panduan yang tepat.

 

Di sini saya ingin kongsikan cara untuk integrasikan peta elektronik ini ke dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini.

 

Peta Malaysia Tanpa Talian Internet

 

Tahukah anda terdapat satu aplikasi di telefon bimbit ataupun tablet yang boleh memuat turun peta Malaysia dan digunakan tanpa memerlukan capaian internet untuk membantu pengajaran Sejarah atau Geografi. Seringkali capaian internet di sekolah menjadi halangan. Jadi, ini alternatif yang boleh membantu.

 

peta malaysia

 

Aplikasi tersebut ialah HERE. HERE merupakan sebuah aplikasi yang memberikan kemudahan paparan peta Malaysia terkini. Dikemaskini oleh komuniti, aplikasi ini sentiasa memberikan paparan dan informasi yang terbaru pada peta Malaysia untuk penggunanya. Malah, bukan hanya peta Malaysia, peta negara lain juga boleh dimuat turun. Yang lebih menarik ianya adalah percuma.

 

 

Pengajaran Geografi dan Sejarah dapat ditambah keberkesanannya dengan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka kawasan yang sedang dipelajari dengan mudah. Tanpa memerlukan kos yang banyak, pelajar dapat membuka dan meneroka lokasi yang sedang dipelajari tanpa perlu ke tempat tersebut.

 

goeg-f2_l

 

Selain itu, aplikasi ini juga dapat memberi peluang untuk  pelajar memetakan sendiri lokasi-lokasi bersejarah dan kawasan setempat mereka.

 

Petakan Sendiri Kawasan Kediaman

 

Dengan kemudahan aplikasi yang ada ini, pelajar dapat memetakan sendiri kawasan kediaman mereka dan juga kawasan sekolah. Secara tidak langsung, elemen merentas kurikulum dapat disemat dalam pembelajaran mereka seperti teknologi maklumat dan komunikasi.

 

map-creator

 

Bagi memetakan kawasan kediaman dan kawasan sekolah, pengguna perlu melayari dan mendaftar di laman web mapcreator.here.com. Jika sekolah masih lagi belum dipetakan, boleh memasukkannya ke dalam Peta Malaysia kendalian HERE.

 

Langkah-langkah untuk memetakan kawasan kediaman dan kawasan sekolah adalah seperti berikut :

 

 

 

Latihan Percuma Di Sekolah dan Institusi Pendidikan

 

Selain daripada guru membuat dan mengajar pelajar itu sendiri,  pihak HERE boleh tampil turun padang ke sekolah atau institusi pendidikan tersebut memberi latihan kepada pelajar secara terus. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga dapat dilibatkan dalam sesi latihan itu kelak.

 

IMG-20150518-WA0024

Pelajar yang menghadiri Microsoft Imagine Camp dan HERE Map Campaign di UTC Melaka pada 9 Mei yang lalu.

 

Di samping mengisi jumlah jam kad biru LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan),  guru juga dapat menambah ilmu-ilmu baru berkaitan navigasi dan peta elektronik ini. Latihan yang diberikan ini adalah PERCUMA. Ini contoh surat untuk meminta pihak HERE datang memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar, para guru mahupun ibu bapa.

 

contoh-surat-jemputan-here

 

Muat turun surat jemput HERE ke sekolah di SINISurat-Jemputan-HERE-ke-sekolah.

 

Selesai muat turun dan mengubah maklumat yang perlu untuk diubah, hantar sahaja kembali kepada alamat di dalam surat tersebut melalui email atau surat untuk menjemput team HERE ke lokasi anda.

 

Kelebihan Memetakan Lokasi dan Kawasan di Peta Malaysia HERE

 

Selain memudahkan pengguna aplikasi HERE yang lain, pihak HERE memberi kredit dan anugerah kepada individu yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat atau pengguna HERE khususnya. Anugerah dan kredit ini dinilai melalui jumlah penambahan lokasi dan ubahsuai lokasi yang telah dipetakan di peta Malaysia HERE khususnya.

 

hadiahmapmaster

 

Antara anugerah yang bakal diperoleh kepada Map Master (gelaran kepada individu yang banyak menyumbang kepada pemetaan di HERE) ialah sijil dan cenderahati, tajaan khas untuk perjumpaan antara Map Master di dalam dan luar negara, latihan lanjut percuma oleh pasukan HERE dan pelbagai inisiatif lain.

 

Sebagai permulaan, anda boleh mendaftar masuk di dalam kumpulan Facebook HERE di sini :

Facebook : https://www.facebook.com/groups/MalaysiaHERE

 

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita sebagai warga pendidik.

 

IMG-20150518-WA0016

Cikgu Ihzam Khairi bersama pasukan HERE Malaysia di Windows 10 Game Jam

 

IMG-20150516-WA0005

Menjadi tetamu di Windows 10 Game Jam

 

Muat Turun Aplikasi HERE

 

Google Play Store

playsore-here

 

Apple Store

apple-here

 

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, HERE.comThe British Library,

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

0 comments… add one

Leave a Comment