Muat Turun Soalan atau Ujian Dari Scribd Dengan Mudah

26
795
muat turun dari scribd

Banyak dokumen yang bermanfaat dapat diperolehi daripada laman sesawang Scribd. Namun begitu, Scribd memerlukan penggunya untuk memuat naik dokumen dan mendaftar masuk bagi membolehkan dokumen yang dikehendaki dimuat turun.

 

muat turun dari scribd

 

Rata-rata, banyak juga soalan dan ujian samada untuk sekolah rendah dan sekolah menengah dapat diperoleh dari Scribd. Di sini saya kongsikan satu cara mudah, tanpa dafatr masuk dan muat naik dokumen ke Scribd untuk memuat turun sebarang dokumen yang dikehendaki di Scribd.

 

Pdfdownloader.lain.in

 

Laman sesawang ini memberi kemudahan kepada anda untuk memuat apa jua dokumen dari Scribd. Anda boleh muat turun soalan atau ujian dari scribd dengan menyalin alamat url Scribd tersebut dan memuat turun dari laman sesawang ini.

 

Langkah 1

 

Klik url pdfdownloader.lain.in ini dan cari butang menu I Agree untuk membolehkan anda memulakan aplikasi muat turun dokumen dari Scribd.

 

langkah1

 

Langkah 2

 

Masukkan url dokumen yang anda perolehi dari Scribd (alamat url Scribd di pelayan internet anda) ke ruangan yang disediakan. Kemudian klik butang Download

 

langkah2

 

Langkah 3

 

Anda akan dibawa ke muka yang baru. Klik pada perkataan here di bahagian bawah.

 

langkah3

 

Langkah 4

 

Tunggu sehingga 5 saat dan klik pada menu SKIP AD yang muncul.

 

langkah4

 

Langkah 5

 

Anda kini boleh muat turun dokumen tersebut atau membuat cetakan secara pada menu yang disediakan.

 

langkah5

 

Jika terdapat masalah untuk memuat turun dan anda dapati error, anda hanya perlu komen sahaja di ruangan Facebook mereka denga url Scribd yang hendak dimuat turun. Buat masa ini, pihak pdfdownlaoder.lain.in hanya memberi kemudahan untuk memuat turun dari Scribd sahaja.

 

Mungkin pada masa akan datang, mereka akan memasukkan kemudahan muat turun bagi Slideshare dan lain-lain.

 

Kredit Gambar : Arkib CikguIK,

26 COMMENTS

  1. Terima kasih atas tunjuk ajar, cikgu. Kalau ada perkara yang boleh memudahkan kami lagi, moga2 dapat dikongsikan bersama.. Tq

  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Sangat bermanfaat. Banyak perkara baru yang saya pelajari.In sya Allah akan dikongsi bersama pelajar tingkatan 6 saya.

  3. alhamdulillah, terima kasih tuan atas pemudahcara yg diberikan. Cukup bermanfaat untuk semua bergelar pendidik & juga ibu bapa yang prihatin terhadap kemajuan akademik serta sahsiah anak-anak mereka. Selamat Hari Guru, Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak ✌️

  4. Terima kasih atas segala info yg telah diberi..ianya amat berguna sekali. Semoga usaha murni cikgu ini akan berterusn.

  5. Terima kasih cikgu sbb ajar nak download scribd, dulu saya terpaksa bayar dgn kad kredit kerana perlukan satu-satu bahan…bermula hari ni tak perlu bayar lagi alhamdulillah

  6. Salam. Kenapa saya hanya dapt teruskan hingga langkah 2 saja, utk klik HERE tu tak ada dan tak dibawa ke muka surat lain sebagaiman yang dinyatakan oleh cikgu

Leave a Reply to Cikgu F Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.