Lajukan Komputer Yang Lambat

15
560

Apabila hendak menghidupkan komputer atau laptop anda, ada antara kita yang mengambil masa sehingga beberapa minit sebelum boleh menggunakannya. Ini berpunca daripada pelbagai perisian yang dimulakan ketika komputer dihidupkan.

 

bosan-komputer-perlahan

 

Hal ini dapat diselesaikan dengan cara mematikan tetapan automatik perisisan tersebut. Terdapat beberapa perisian di internet yang boleh membantu anda membuat tetapan ini.

 

CCleaner

 

Dengan menggunakan perisian CCleaner ini, anda hanya perlu ‘disable’ perisian yang anda rasakan tidak perlu dimulakan ketika komputer anda dihidupkan.

Langkah Pertama.

Buka CCleaner dan klik pada pilihan Tools. Terdapat banyak pilihan yang terpapar. Klik pada Windows.

 

ccleaner-step-1

 

Langkah Dua.

Piliha pada program yang anda rasakan tidak perlu dimulakan ketika komputer dihidupkan. Klik kanan pada tetikus anda dan pilih disable. Lakukan perkara yang sama untuk program-program lain.

 

ccleaner-step-2

 

Pastikan hanya perisian bukan penting sahaja yang dinyahaktifkan. Anda boleh muat turun CCleaner di SINI.

 

System Configuration

 

Setiap komputer yang menjalankan sistem operasi Windows, terdapat satu tetapan yang boleh anda gunakan untuk mematikan perisian yang dimulakan ketika komputer dihidupkan. Taip ‘system configuration’ pada Start Menu anda dan klik.

Anda akan mendapat paparan seperti di bawah. (*berbeza mengikut variasi versi sistem operasi masing-masing)

 

systemconfiguration

 

Langkah Pertama.

Klik pada menu pilihan startup. Kemudian klik pada open task manager.

 

systemconfiguration002

 

Langkah Kedua.

Pada tetingkap yang terpapar, anda dapat melihat ruangan Start-up impact. Terdapat status yang menunjukkan high, medium, none dan not measured. Anda boleh klik kanan pada tetikus dan pilih menu pilihan Disable pada perisian yang dirasakan tidak diperlukan anda.

 

systemconfiguration003

 

Selain daripada faktor perisian yang bermula ketika komputer dihidupkan, terdapat juga faktor hardware yang menjadikan komputer lambat beroperasi. Cara yang terbaik adalah dengan menambah RAM dan menukar chipset. Namun, penukaran chipset dan RAM bergantung kepada komputer anda. Samada boleh atau tidak.

 

ram dan chipset

 

Adakalanya, komputer menjadi lambat akibat daripada virus dan malware yang sudah menjangkiti sistem operasi komputer. Langkah yang terbaik untuk memulihkannya adalah dengan membuat scan secara atas talian atau membuat instalasi semua sistem operasi anda.

 

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat membantu anda melajukan komputer anda. Ada pertanyaan? Jangan segan silu untuk komen di bawah.

 

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Mr. BoxheadRahulKool,

 

15 COMMENTS

  1. Cgu..mcm na pla nak atasi tablet yg lmbt up mgkin jga d jangkiti virus..saya guna tab samsung 10.1…hrp ada jln ikhtiar atasi dr cgu

    • Salam. Untuk atasi tablet yang lambat, saya sarankan lihat dahulu applikasi apa yang menggunakan jumlah ram yang banyak kektika sistem operasi android tersebut sedang berjalan. Hal ini boleh dilihat pada application mananger. Kemudian, hanya perlu nyah pasangkan aplikasi tersebut.

  2. Terima kasih cikgu. Tips yang sangat berguna. Mohon izin utk saya kongsi dgn pengguna komputer yg lain. Semoga barokahnya brpnjngan hingga ke akhirat.

  3. Assalamualaikum..
    Saya nk belajar format laptop … blehla format laptop sendiri bila perlu… tak payah la hntr kedai dah…dn tak risau ttg keselamatan data yg ade dlm laptop tu….
    So ble tak cikgu tulis artikel cara2 nk format laptop sendiri lain kali ?… terima kasih.

  4. Terima kasih yang tidak terhingga di atas semua maklumat dan ilmu yang diperolehi
    dari blog cikgu.
    terutamanya untuk download soalan..
    semoga cikgu dimurahkan rezeki..
    selamat hari guru

Leave a Reply to azilah aini Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.