=Menu

Kadar Pinjaman Perumahan Kerajaan 2015 untuk Guru

Tahun 2015 merupakan tahun baru yang dimulai dengan penuh harapan dan azam baharu. Ada antara para guru yang mula mengatur langkah untuk memiliki rumah idaman tersendiri. Namun perlu diingat, dalam memiliki aset yang besar ini, perlu ada tujuan yang mantap dan berfokus.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Nilai semula samada aset yang dibeli ini adalah untuk tinggal menetap atau hanya sekadar pelaburan. Jika sudah membuat penetapan tujuan, anda boleh membuat pinjaman mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan.

 

Bahagian pinjaman perumahan telah mengemaskini kadar pinjaman perumahan kerajaan yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2015.  Antara perubahan yang dibuat adalah dari sudut jumlah kelayakan pinjaman yang telah ditingkatkan.

 

Disamping itu, wang pemprosesan permohonan pinjaman sebanyak Rm100 juga telah dimansuhkan.

 

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

 

 

#1 Kewangan Yang Utuh

Sebelum anda membuat pinjaman, nilai dulu kedudukan kewangan anda. Samada anda mampu atau tidak untuk membayar pinjaman perumahan yang perlu ditanggung setiap bulan selaman tempoh 20 hingga 30 tahun. Sebaiknya, pastikan jumlah pinjaman bulanan anda itu adalah 20-30% daripada jumlah gaji bersih anda. Itu paling membantu.

 

wang-rm

 

Buat perkiraan di sini untuk pinjaman kali pertama.

Buat perkiraan di sini untuk pinjaman kali kedua.

 

#2 Status Rumah dan Kontraktor

Pastikan rumah yang hendak dibeli itu disemak statusnya terlebih dahulu. Lihat status rumah atau projek perumahan tersebut dan lihat juga status kontraktor. Anda sudah pasti tidak mahu membeli rumah yang bermasalah. Semakan boleh dibuat di portal rasmi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempahan.

 

rumah-tinggal

 

Pilih direktori ini untuk membuat semakan.

Projek Perumahan Swasta Terbengkalai

Pemaju Berstatus Sakit

Pemaju Yang Disenarai Hitam

Carian Pemaju dan Perumahan Swasta

 

Semoga perkongsian ini membantu para guru memiliki rumah idaman masing-masing.

 

Sumber : BPP

Kredit Gambar : Kevin Poh~ezsKrzysztof Dąbrowski

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

2 comments… add one
  • cikgunas
    January 7, 2015, 7:18 am Reply

    Maklumat terkini yang bermanafaat.

  • Jazib
    June 7, 2016, 12:20 pm Reply

    Mulai 1 Jan 2016. Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan telah tukar nama ke LPPSA. Sila maklum jika anda masih tidak sedari.

Leave a Comment