Himpunan Template Power Point Percuma

13
611
power point template

Kepelbagaian corak dan warna memainkan peranan dalam memberi impak yang lebih dalam suatu persembahan menggunakan power point. Template Power Point sedia ada sudah kerap kali digunakan. Hampir setiap isi pelajaran dan persembahan menggunakan template sedia ada.

 

Sedikit kelainan dapat memberikan kesegaran dalam persembahan. Namun, masa diperlukan untuk mencipta satu template yang menarik bagi persembahan pembentangan yang hendak disampaikan. Bagi mengatasi masalah itu, langkah yang terbaik adalah dengan memuat turun template sedia ada di internet.

 

power point template

 

Terdapat banyak template power point di internet. Ada yang percuma dan berbayar. Di sini saya senaraikan beberapa ‘lubuk’ atau lokasi untuk anda memuat turun template power point secara percuma.

 

Template Power Point Percuma

 

Seperti tajuk di atas, saya himpunkan lokasi-lokasi menarik untuk memuat turun template power point yang boleh kita gunakan bersama.

 

SlideHunter

 

template-power-point

 

Terdapat ratusan template power point percuma disediakan di laman web ini. Cara untuk memuat turun setiap template juga mudah dan cepat. Hanya perlu daftar masuk atau klik pada butang perkongsian untuk memulakan muat turun template power point yang dikehendaki.

 

Layari laman web tersebut di sini : http://slidehunter.com/powerpoint-templates/

 

Kingsoft

 

template power point percuma

 

Kingsoft merupakan salah satu perisian yang membolehkan penggunanya membuka dan membaca dokumen berformat .PPT. Di samping menyediakan perisian, mereka juga memberikan kemudahan untuk penggunanya memuat turun template power point secara percuma.

 

Layari laman web tersebut di sini : http://www.kingsoftstore.com/download-office/ppt-template-download

 

Articulate.com

 

template power point percuma

 

Jarang-jarang didengari namun, laman ini ada menyediakan beberapa bahan yang menarik untuk para pendidik. Selain daripada bahan dan sumber untuk pendidikan (e-learning), terdapat juga disediakan template power point percuma untuk kegunaan komunitinya. Apa yang perlu dilakukan hanya daftar masuk untuk muat turun.

 

Layari laman web tersebut di sini : https://community.articulate.com/downloads/templates/powerpoint

 

Freepowerpointtemplates.com

 

template percuma power point

 

Seperti nama laman sesawang ini, jelas ternyata objektifnya untuk memberikan template power point percuma kepada pengunjung laman web ini. Pengunjung yang mahu memuat turun template power point dari laman web ini hanya perlu menekan butang kongsikan di laman sosial dan alamat muat turun akan terpapar.

 

Layari laman web tersebut di sini : http://freepowerpointtemplates.com/

 

Ppttemplate.net

 

template power point percuma

 

Pelbagai pilihan yang menarik dengan kemudahan kategori template power point percuma yang disediakan, ianya memudahkan pengungjung laman seasawang ini. Bagi memuat turun, hanya perlu mendaftar masuk dan buat pilihan template yang disukai.

 

Layari laman web tersebut di sini : http://ppttemplate.net/

 

Syarat Penggunaan Template Power Point Percuma

 

Ada sesetengah template power point yang diberikan percuma ini memerlukan kita memberikan kredit ( letak alamat url mereka sudah memadai ) semasa menggunakan template tersebut.

 

Ada juga yang sudah sedia meletakkan kredit di dalam template tersebut. Seeloknya, biarkanlah kredit tersebut kekal di situ sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana membenarkan kita menggunakan template mereka.

Diharapkan, himpunan lubuk muat turun template power point percuma ini sedikit sebanyak membantu anda.

 

Gambar : Arkib CikguIK, Jemima Stehli

13 COMMENTS

Leave a Reply to mohd saa'ri bin mohd sanusi Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.