Hantar Faks Percuma Dari Komputer ke Sekolah

24
994

Peredaran zaman menyebabkan kita jarang menggunakan mesin faks sebagai satu alat perhubungan yang utama. Namun begitu, ianya tidak menjadikannya sebagai satu alat telekomunikasi yang mundur dan lapok. Ini kerana sifatnya yang lebih praktikal dalam menyampaikan maklumat.

 

hantar-faks-percuma

 

Faks dapat menjamin penerimaan dokumen kepada penerima berbanding e-mail yang tidak menyediakan sebarang laporan penerimaan dokumen kepada pihak yang dihantar. Mesin faks juga akan terus mencetak dokumen yang dihantar tersebut.

 

Ini menjadikan ianya sebagai salah satu medium yang lama tetapi diminati oleh kebanyakan pihak pengurusan samada di Pejabat Pendidikan Daerah, mahupun sekolah.

 

Hantar Faks Percuma Dari Komputer

 

Mungkin ada antara kita yang pernah menghantar faks bagi dokumen-dokumen tertentu dengan cara mencetak terlebih dahulu fail tersebut dan menghantarnya. Kini dengan kemudahan yang disediakan, kita tidak perlu lagi mencetak dan boleh terus menghantar dari komputer ke mesim faks di sekolah-sekolah.

 

hantar faks percuma

 

Hanya perlu klik, muat naik dan masukkan nombor telefon faks penerima dan hantar. Tunggu laporan penerimaan untuk memastikan dokumen itu sampai ke penerima.

 

Hello Faks, Laman Faks Percuma 

 

Laman ini menyediakan perkhidmatan faks percuma untuk digunakan dalam menghantar dokumen ke mana-mana negeri samada di dalam Malaysia mahupun luar negara. Namun ianya terhad kepada 5 muka surat sahaja. (terdapat cara untuk dapatkan lebih banyak muka surat percuma, baca sehingga habis.)

 

hello-fax

 

Sebelum boleh menggunakan perkhidmatan percuma ini, anda perlu mendaftar akaun di laman Hello Faks. Klik SINI.  Anda akan diminta untuk memasukkan email gmail. Boleh gunakan email FROG VLE anda contohnya [email protected]

 

Layari laman Hellofax : https://www.hellofax.com/

 

langkha-satu-fax-percuma

 

Masukkan maklumat e-mail yes anda dan klik next. Kemudian masukkan kata laluan dan tunggu sehingga di bawa ke paparan seterusnya.

 

langkah-satu-dua-fax-percuma

 

#Langkah Satu

Muat naik dokumen yang hendak difaks, contohnya surat jemputan, tentatif program dan pelbagai lagi

 

langkah-dua-fax-percuma

 

 

#Langkah Dua

Dokumen yang dimuat naik tadi boleh dimasukkan perkataan dan diubah suai.

 

langkah-tiga-fax-percuma

 

#Langkah Tiga

Masukkan no telefon faks penerima. Jangan lupa masukkan kod +6 dan diikuti kod negeri. Contohnya +6054321004. Jika ada lebih dari satu, boleh masukkan pada Add Recepient.

 

langkah-tiga-fax-percuma

 

#Langkah Empat

Seperti biasa, kita akan masukkan cover page untuk memberikan pengenalan kepada penerima faks.

 

langkah-empat-fax-percuma

 

#Langkah Lima

Klik butang SEND untuk menghantar kepada penerima faks.

 

langkah-lima-fax-percuma

 

Kemudian anda akan dibawa ke ruangan status penerimaan dokumen tersebut. Ianya akan menyatakan samada faks tersebut telah dihantar atau gagal.

 

laporan-faks-percuma

 

Jika anda merasakan 5 muka surat percuma tidak mencukupi, pihak Hellofax memberi peluang untuk anda mendapatkan lebih banyak lagi muka surat faks percuma. Hanya perlu kongsi, tweet dan pelbagai lagi.

 

faks-percuma

 

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda untuk melancarkan lagi tugas anda. Kongsikan dengan rakan-rakan lain jika bermanfaat.

 

Kredit gambar : Arikib CikguIK, Dave Crosbystarria,

24 COMMENTS

    • Amin. Terima kasih juga sudi membalas e-mel saya. InsyaAllah jika ada kelapangan, kongsikan ilmu-ilmu di sini dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

  1. Assalamualaikum.

    terima kasih kerana share berkenaan info yang amat bermanfaat ini. Sy nak tanya, jika kita percuma 5 pages fax ni. dan telah menghantar 3 page fax. So mmg kita hanya ada baki 2 lagi page untuk fax ke tuan? dan akan di caj untuk menghantar fax lagi.

Leave a Reply to Hanizah Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.