Hampir dua tahun sejak dari pelancaran Google Hangouts dan kini ianya sudah semakin popular digunakan untuk pembelajaran dan diskusi atas talian. Bagi pengguna peranti Andoird, anda mungkin dapat melihat ia tersedia di dalam peranti anda.
Google Hangouts ini boleh digunakan dalam pembelajaran untuk berkongsi maklumat dan membuat video atas talian dengan rakan-rakan guru di sekolah-sekolah lain. Apa yang penting ialah talian internet yang stabil.
Google Hangouts Untuk Warga Pendidik
Bagi warga guru, kolaborasi dengan rakan guru dari sekolah lain sangat membantu dalam penyampaian pelajaran. Bayangkan anak-anak didik di dalam kelas boleh memberi respon dan berinteraksi dengan anak-anak didik rakan anda di sekolah lain.
Sebagai contoh, jika guru tersebut sedang mengajar topik haiwan, murid boleh saling bertukar peranan untuk saling teka meneka haiwan yang hendak disampaikan. Pembelajaran sebegini sudah banyak dilakukan di luar negara.
Cara Menggunakan Google Hangout
Untuk memulakan Google Hangout, apa yang diperlukan adalah satu akaun Gmail atau guru boleh menggunakan akaun Yes yang ada. Klik pada url https://hangouts.google.com/ dan paparan seperti dibawah akan muncul setelah anda membuat daftar masuk.
Kemudian klik pada butang video call dan satu paparan lagi akan muncul. Klik pada invice people. Anda hanya perlu masukkan email rakan anda atau berikan link sahaja untuk mereka masuk ke dalam Hangouts.
Google Hangouts akan memaparkan kualiti video berdasarkan kelajuan internet yang sedang anda gunakan. Di samping itu juga, peranti perakan video yang digunakan pada rakan anda juga mempengaruhi kualiti paparan. Jika perakamnya tidak mempunyai format HD maka anda tidak akan mendapat versi HD. (piksel tinggi)
Google Hangouts juga boleh digunakan untuk berhubung dengan pensyarah-pensyarah anda dan membuat diskusi atas talian. Namun begitu, hanya 10 pengguna sahaja yang dibenarkan untuk terlibat sama di dalam perbualan video. Jika menggunakan akaun kerja atau pendididkan, ianya telah dinaikkan kepada 15 pengguna pada satu-satu masa.
Apa pun, pembelajaran pada abad 21 ini sangat memerlukan ketekunan dan usaha warga guru untuk mengubah corak pembelajaran yang lebih interaktif. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda.
Kredit Gambar : Arkib CikguIK.com, Softtonic.com
terima kasih cikgu…Ianya sangat membantu.
Sama-sama. Moga dapat membantu lebih lagi.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN GANJARAN YANG TERBAIK DALAM SETIAP AMALAN KEBAIKAN YANG TUAN LAKUKAN DAN USAHAKAN,AMIN….
Terima kasih Pn atas doa. InsyaAllah akan terus memberikan yang terbaik.
terima kasih di atas info..semuga perkongsian diberkati
Tk atas kiriman emel. Sangat berguna.
Sama-sama. 🙂
Terima kasih cikgu. Moga usaha dan bantuan cikgu diberkati Allah selamanya.Bertambah2 rezeki untuk keluarga. Ianya sangat2 membantu.
Sama-sama. Semoga blog ini dapat terus membantu Pn.