Cara Membuka Sekatan Internet 1BestariNet KPM

14
919

Semua sedia maklum, sekolah mendapat kemudahan internet percuma yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan untuk kegunaan guru dan kakitangan dalam menjalankan tugas seharian. Namun begitu, atas beberapa faktor, pihak 1BestariNet membuat sekatan terhadap sesetengah laman sesawang.

 

 

Adabaiknya tindakan tersebut dan adakalanya memberi kesusahan kepada guru yang mahu mendapatkan bahan dalam laman sosial seperti Facebook. Oleh itu, saya kongsikan cara mudah untuk membuka sekatan internet 1BestariNet ini.

 

Cara Membuka Sekatan Internet

 

Saya akan berkongsi hanya satu cara termudah iaitu menggunakan pelayar internet Opera. Pelayar internet Opera yang terkini, mempunyai fungsi VPN tersendiri yang sudah sedia terpasang di dalam pelayar tersebut. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memasang atau mengemaskini pelayar Opera sedia ada ke dalam komputer anda.

 

 

Klik pada link ini untuk muat turun Opera Browser : Download Opera

 

Selesai memuat turun dan memasangkan ia, anda hanya perlu membuka pelayar Opera tersebut. Di sini saya memberi contoh dengan melayari laman sesawang Y8.com ( laman popular dalam kalangan anak didik saya di sekolah untuk bermain permainan  internet ).

 

 

Anda akan dapati capaian ke laman sesawang tersebut disekat. Paparan sebegini akan muncul menunjukkan laman tersebut tidak dapat diakses.

 

 

Sekiranya anda tiada butang VPN pada sebelah alamt URL tersebut. Anda pelu pergi kepada tetapan Opera. Klik pada menu di sebelah kiri atas Opera, dan klik Settings.

 

 

Kemudian, klik pada Privacy & Security. Selepas itu, cari perkataan VPN dan tick pada bahagian enable VPN.

 

 

Selepas itu butang vpn akan muncul. Jadi, perkara yang perlu anda lakukan adalah klik pada butan VPN (Virtual Private Network) yang berada pada sebelah kiri alamat laman sesawang.

 

 

Paparan di atas akan muncul dan hanya perlu gerakkan slider off kepada on.

 

 

Terdapat satu lagi pilihan tambahn iaitu Virual Locations pada bahagian bawah ruang VPN tersebut. Ianya berfungsi untuk memilih server mana yang mahu digunakan ketika melayari internet sekiranya sekatan masih lagi tidak dapat dibuka. Saya galakkan ambil Singapore kerana ianya antara lokasi yang terdekat dalam senarai pilihan.

 

 

Selesai membuat tetapan, hanya perlu menekan butang F5 pada papan kekunci komputer anda atau klik pada butang Refresh (anak panah pusing di sebelah kiri butang VPN).

 

 

Ini hasilnya. Saya juga ada cuba untuk mengakses laman sosial seperti Facebook yang disekat ketika waktu bekerja dan hasilnya, laman tersebut boleh dibuka.

 

 

Kaedah ini juga dapat digunakan bagi membuka laman web yang disekat oleh Suruhanjaya dan Sekuriti Malaysia.Bagi pengguna telefon pintar, anda masih boleh membuka sekatan internet dari telefon anda. Masih juga menggunakan Opera. Namun perlu membuat pemasangan VPN Opera di telefon pintar terlebih dahulu. Mungkin artikel saya yang terdahulu berkaitan Buang Sekatan Internet dapat membantu.

 

Kredit Gambar : Arkib CikguIK

14 COMMENTS

    • Sama-sama. Jika tidak dapat connect (lambang VPN bewarna kuning sahaja) caranya, sambung dahulu wifi computer dengan hotspot atau internet lain seperti handphone. Kemudian tunggu sehingga Logo VPN bertukar warna biru, baru sambung kembali ke wifi ytlnetwork / wifi 1bestarinet.

  1. assalamualaikum cg. saya nak tanya. mcm mana nak buat jika saya buka website tu dan yang keluar perkataan ‘The domain 1bestari.net may be for sale. Click here to make an offer or call 877-588-1085 to speak with one of our domain experts.’ terima kasih

  2. Salam Cikgu..
    saya nak tanya
    adakah berisiko tinggi maklumat peribadi dicuri oleh pihak ketiga seperti membuka laman web facebook menggunakan apps ini????

    • Waalaikumussalam. Buat masa ini, jika menggunakan opera, ianya masih selamat. Saya lebih galakkan jika mahu buka laman-laman web sulit seperti perbankan, lebih baik elakkan daripada menggunakan VPN yang tidak berbayar. Jika gunakan facebook dan merasakan tiada apa-apa di FB anda, boleh.

  3. assalam…cikgu…sy dah buka setting kat opera tapi tiada button vpn…jadi macam mana sy nak buat…komputer sy windows xp

Leave a Reply to Cikgu IK Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.