=Menu

Aplikasi Baharu Sistem Maklumat Guru

Baru-baru ini telah dilancarkan sebuah sistem baharu untuk melihat maklumat-maklumat guru. Memang sudah menjadi lumrah seorang guru untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Warga guru perlu celik IT dan mahir menggunakan perisian baharu dalam perkhidmatannya.

 

guru-perlu-belajar-aplikasi-online

Aplikasi Sistem Maklumat Guru

Aplikasi ini dapat memaparkan rekod cuti, status isytihar harta, markah penilaian prestasi dan pelbagai lain maklumat lain yang boleh diakses hanya daripada satu aplikasi ini. (Pelancaran rasmi masih belum)

 

Buat masa ini, aplikasi tersebut dalam proses kemas kini dan penambahbaikan. Hanya perlu masukkan no kad pengenalan sebagai user id dan pass bagi ‘log in’ masuk ke dalam sistem.

 

Warga guru boleh cuba melayari aplikasi ini menerusi pautan di bawah :

Modul Profil : http://apps8.moe.gov.my/smg/11/

 

Menerusi aplikasi ini, guru dapat mencetak Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi tahun semasa. Namun sistem ini masih belum dikemaskini sepenuhnya. Nantikan pengumuman rasmi dari pihak berkenaan kelak.

Slip-Keputusan-PBPPP-2014

 

 

Nantikan kemunculan sistem ini yang diharapkan dapat meringankan beban tugas guru.

 

Kredit gambar : OTA Photos

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang teknologi, internet dan kewangan. Suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang bertanya.

View all contributions by

Website → CikguIK : Rakan Didik Teknologi, Internet dan Kewangan

0 comments… add one

Leave a Comment