Home Teknologi Pendidikan 9 Pilihan Alternatif Selain Power Point

9 Pilihan Alternatif Selain Power Point

6

Selalu menggunakan Microsoft Power Point? Kini terdapat alternatif selain Power Point yang boleh digunakan oleh para pendidik untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

 

alternatif selain power point

 

Kita sebagai pendidik sering mencari cara dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian dan memudahkan penyampaian ilmu kepada para pelajar. Sembilan alternatif selain Power Point saya kongsikan untuk tatapan para pendidik.

 

Emaze

 

Emaze ialah platform atas talian yang membolehkan anda membuat persembahan dengan hanya memilih template dan memasukkan maklumat yang ingin dipersembahkan. Boleh digunakan pada pelbagai peranti dan sistem operasi, ianya dilihat berpotensi untuk memberikan satu kelainan kepada anda.

 

 

 

Emaze boleh digunakan tanpa perlu membuat sebarang bayaran kepada pihak pengendalinya, namun terdapat batasan dalam beberapa fungsi jika dibandingkan dengan pelanggan yang membuat bayaran secara bulanan atau tahunan.

 

Ciri Persembahan : 3 Dimensi, Beranimasi, Template Porfesional.

Platform : Windows, IOS, Android, Mac OS, Google Chrome, Internet Explorer, dan Firefox.

Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.

Laman Web : https://www.emaze.com/

 

Haiku Deck

 

Haiku Deck merupakan salah satu alternatif selain Power Point dalam membuat penerangan secara persembahan. Pilhan templat yang ringkas dan cantik di dalam galeri Haiku Deck dapat memberi kelebihan kepada penggunanya.

 

 

Ciri Persembahan : Beranimasi, Template Ringkas dan Cantik.

Platform : iPad, iPad mini, Google Chrome, Internet Explorer, dan Firefox.

Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.

Laman Web : https://www.haikudeck.com

 

 

Slide Bean

 

Berbeza sedikit dengan aplikasi persembahan yang lain, alternatif kepada Power Point ini dapat membuat animasinya sendiri semasa kita sedang menaip input-input yang hendak dipaparkan nanti.

Apabila hendak menggunakan Slide Bean, lebih selesa  dibuat di atas pelayan internet. Jadi pendek kata, internet diperlukan untuk menggunakan Slide Bean.

 

 

Ciri Persembahan : Beranimasi, Template Tercipta Sendiri,

Platform : Google Chrome, Internet Explorer, dan Firefox.

Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.

Laman Web : https://slidebean.com/

 

 

Prezi

 

Prezi, antara suatu nama yang kuat selain Power Point untuk persembahan yang menarik. Pengguna perlu kreatif dalam memilih gambar yang hendak dimasukkan. Prezi banyak membuat persembahannya menggunakan zoom in dan zoom out.

 

 

 

Jadi, gambar yang cantik diselang-selikan dengan teks yang hendak dipaparkan perlu dipilih sendiri oleh penggunya. Kebebasan dalam membuat persembahan ini memberikan kelebihan kepada pengguna Prezi itu sendiri.

 

Ciri Persembahan : Lebih fokus kepada animasi zoom in dan zoom out serta boleh digabungkan dengan pemain video lain.

Platform : Google Chrome, Internet Explorer, dan Firefox.

Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.

Laman Web : https://prezi.com/

 

 

Slidedog

 

Slidedog merupakan satu-satunya aplikasi persembahan yang boleh menggabungkan pelbagai dokumen ke dalam satu-satu persembahan. Contohnya, prezi, word, pdf, dan pelbagai lagi.

 

Boleh digunakan secara atas talian mahupun tidak, ianya membolehkan penggunanya untuk membuat persediaan dengan gabungan dokumen dengan lebih mudah.

 

 

Ciri Persembahan : Menggunakan elemen cross fade, boleh diintegrasikan dengan pelbagai format dokumen dan video.

Platform : Windows, Mac

Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.

Laman Web : https://slidedog.com

 

 

PowToon

 

PowToon lebih menjurus kepada persembahan berbentuk video. Ianya boleh dimasukkan dengan suara untuk setiap watak yang ada di dalam persembahan PowToon yang terhasil.

 

 

Ciri Persembahan : Video dan animasi

Platform : Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox

Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.

Laman Web : http://www.powtoon.com/

 

Canva

 

Kaedah drag and drop yang digunakan dalam aplikasi Canva dilihat seperti lebih mudah digunakan. Hanya perlu memilih bentuk dan imej yang dikehendaki, kemudian letakkan di atas slide anda.

 

 

Ciri Persembahan : Slide by Slide dengan paparan imej

Platform : Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox, iPad

Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.

Laman Web : https://www.canva.com/

 

Keynote

 

Keynote merupakan Power Point versi Apple. Sama sahaja seperti Power Point tetapi dengan ciri Apple di dalam setiap sentuhan yang terhasil menerusi Keynote. Lihat contoh di bawah menggunakan Keynote.

 

 

Ciri Persembahan : Slide by Slide dengan animasi tersendiri.

Platform : Mac

Jenis Langganan : Berbayar.

Laman Web : https://www.apple.com/mac/keynote/

 

Flowvella

 

Dibina khas untuk pengguna Mac, aplikasi ini tidak jauh seperti Power Point. Memberi penggunanya cara dan persembahan yang sama seperti Power Point. Cuma perbezaannya ialah khas untuk Mac dan iPad sahaja.

 

 

Ciri Persembahan : Slide by Slide dengan paparan imej, persembahan seperti laman web dengan navigasi,

Platform : Mac, iPad,

Jenis Langganan : Berbayar.

Laman Web : https://flowvella.com/

 

Buat pilihan persembahan yang tepat dan pastikan ianya dapat memberikan kelebihan kepada anda. Selamat bereksplorasi.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Microsoft.com

 

Join My WhatsApp Channel

6 COMMENTS

  1. Amazing! TQ for sharing. The compilation of different ways of presentation helps in improving my work.

    TQ Cikgu. Much appreciated.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version