=Menu

Terjemah Foto kepada Perkataan

Ya. Seperti yang saya tulis tajuk, anda kini boleh cuba satu A.I eksperimen daripada Google untuk terjemah foto kepada perkataan. Projek yang dibangunkan oleh Dan Motzenbecker ini masih lagi dalam mode ekperimen. Belum dikeluarkan secara rasmi. Namun begitu ianya amat menarik minat saya untuk berkongsi kepada anda.

 

 

Tangkap Gambar dan Perkataan Akan Muncul

 

Bayangkan anda di sebuah negara asing dan komuniti tersebut tidak menggunakan apa jua bahasa kedua dan ketiga yang anda ketahui untuk berkomunikasi. Jadi anda boleh gunakan aplikasi ini untuk berhubung dengan mereka.

 

 

Hanya perlu pilih sahaja tetapan bahasa untuk memudahkan ia terjemah foto kepada perkataan daripada bahasa yang negara tersebut gunakan. Namun begitu ianya masih mempunyai limit kepada bahasa yang ada di dalam database Google Translate.

 

Menggunakan Aplikasi Thing Translator dalam PdP

 

Pembelajaran Bahasa Inggeris boleh menggunakan aplikasi ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang baru mengenali bahasa tersebut. Mereka boleh gunakan telefon pintar atau komputer untuk melihat perkataan-perkataan dan sebutan bagi setiap objek yang mereka tangkap.

 

terjemah foto kepada perkataan

 

Jika dipinta kanak-kanak untuk Google objek tersebu mungkin agak sukar. Jadi dengan aplikasi ini, hanya perlu tangkap gambar dan ianyakan terjemah foto kepada perkataan.

 

Cara Untuk Guna Terjemah Foto Kepada Perkataan

 

Mudah sahaja untuk anda gunakan aplikasi terjemah foto kepada perkataan ini. Hanya perlu buka sahaja url di bawah.

 

Pautan ke Aplikasi

Url : https://oxism.com/thing-translator/

 

Ianya berfungsi untuk peranti komputer atau pun telefon pintar anda. Hanya perlu buka di browser internet anda sahaja. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk menjadikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.

 

Kredti gambar : Arkib CikguIK, Thing Translator

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.

View all contributions by

0 comments… add one

Leave a Comment