=Menu

Teknologi AR dalam Pendidikan

Jika yang masih belum pernah dengar atau membaca apa itu AR, di sini saya akan ceritakan serba sediki mengenainya. AR adalah kata singkatan untuk Augmented Reality atau dalam Bahasa Melayu, Realiti Berperanta.

 

Teknologi AR ini menguna pakai paparan semasa di skrin sesebuah komputer tangan atau tablet untuk dijalinkan dengan simulasi maya. Dalam erti kata yang mudah, objek maya diperlihatkan wujud dalam paparan kamera telefon pintar kita.

 

 

Sebenarnya banyak teknologi AR yang sudah dibangunkan dan ada antara kita telah menggunakannya. Antara aplikasi yang menggunakan pakai teknolgi AR dan pernah menjadi fenomena kepada seluruh dunia termasuk Malaysia, ialah Pokemon Go.

 

Kebaikan Teknologi AR dalam Pendidikan

 

Sebagai warga pendidik, ada baiknya kita mengambil kesempatan dalam mengguna pakai teknologi ini untuk menarik minat pelajar, belajar di dalam kelas.

 

 

Teknologi AR ini dapat membantu menerangkan sesuatu ilmu dan tajuk pembelajaran dengan lebih menarik. Boleh lihat contoh video di bawah.

 

 

Bayangkan jika di rumah atau di kelas, selepas pelajar mewarna , watak yang diwarnanya itu hidup. Menarik bukan? Pelajar akan seronok dan menjadi lebih teruja mewarna dan belajar berkaitan topik-topik lain. Tugas guru atau ibu bapa menjadi lebih mudah, kerana mereka hanya perlu membimbing sahaja pelajar atau anak membuat ekplorasi.

 

Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi AR ini memerlukan kemahiran memuat turun dan memasang aplikasi tertentu ke dalam komputer tablet atau komputer tangan mereka. Di samping itu, kapasiti bateri hendaklah mencukupi dan capaian internet (untuk sesetengah aplikasi AR) diperlukan.

 

Aplikasi AR Untuk Pendidikan

 

Dalam Play Store atau Apple Store, banyak aplikasi AR yang percuma dapat dimuat turun dan digunakan. Di sini saya senaraikan beberapa aplikasi AR tersebut.

 

Quiver

 

Aplikasi AR Quiver ini adalah percuma. Quiver dapat menjadikan gambar yang diwarnakan hidup dan memberikan aksi serta bunyi  untuk menarik minat kanak-kanak.

 

 

Muat turun aplikasi Quiver untuk peranti Apple : http://goo.gl/Bb4739

Muat turun aplikasi Quiver untuk peranti Android : http://goo.gl/GR9oO4

Muat turun bahan bercetak untuk mewarna : http://www.quivervision.com/coloring-packs/

 

iSolarSystem dan  iDinasour

 

Aplikasi iSolarSystem AR ini adalah percuma untuk dimuat turun. Namun begitu, ianya memerlukan buku untuk membolehkan ia berfungsi.

 

 

Harga Seunit buku : RM39.90
Pautan pembelian : http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=search&Cri=2&Val=Orbit%20Buku

 

Semoga apa yang saya kongsikan pada kali ini memberi manfaat kepada anda semua. Jadikan pembelajaran anak-anak didik kita lebih menarik dan bermanfaat.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Partha Saha, Lazerian

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.

View all contributions by

4 comments… add one

Leave a Comment