=Menu

Rumah Peranginan Untuk Kakitangan Awam

Siapa yang tidak suka bercuti bukan? Namun masing-masing ada cara yang tersendiri untuk menghabiskan masa cuti dan berada jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kerja di tempat masing-masing. Ada yang suka menghabiskan masa bersama keluarga dan ada juga suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.

 

peranginan

 

Bagi kakitangan awam, tahukah anda bahawa terdapat satu kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan anda untuk bercuti dan melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan? Pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, seksyen pengurusan rumah peranginan telah memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk memohon rumah-rumah peranginan bagi tujuan berehat mahupun aktiviti kerja.

 

Percutian di Rumah Peranginan Kakitangan Awam 

 

Terdapat kemudahan secara atas talian untuk kakitangan awam membuat tempahan bagi rumah-rumah peranginan yang telah disediakan. Pendek kata, ianya memudahkan kakitangan awam untuk merancang percutian mereka berdasarkan pilihan rumah-rumah peranginan yang ada.

 

Terdapat tiga kategori pilihan rumah peranginan yang ada dan dikendalikan oleh BPH (Bahagian Pengurusan Hartanah).

  1. Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)
  2. Rumah Peranginan  Persekutuan  (Eksekutif)
  3. Rumah Transit

 

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan (boleh dikatakan murah). Jadi jangan lepaskan peluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini.

 

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

 

rumah-peranginan-persekutuan-premier-kerajaan

 

Terdapat enam pilihan rumah peranginan persekutuan premier yang disediakan. Antaranya ialah RP Bukit Fraser (The Lodge), RP Tanjung Tuan, RP Cameron Highlands, RP Singapura, RP Labuan dan RP London.

 

Kelayakan Memohon.

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kelayakan untuk menginap adalah mengikut kelayakan tertentu bermula daripada Gred 48 dan ke atas.

 

Kadar Sewa

Seperti mana-mana hotel dan chalet, akan tetap ada kadar sewa. Boleh rujuk di bawah untuk kadar sewa rumah peranginan persekutuan Premier.

 

kadar-sewa-rumah-peranginan-persekutuan-premier

 

Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

 

rumah-peranginan-persekutuan-eksekutif

 

Terdapat tujuk. pilihan rumah penginan persekutuan yang disedikan. Antaranya ialah RPP Bukit Frasser, RPP Morib, RPP Cameron Highlands, RPP Port Dickson, RPP Pulau Langkawi, RPP Tasik dan Kenyir, RPP Pulau Pinang.

 

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun ( 7 hari dari tarikh menginap)
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

 

Kadar Sewa

 

Ini adalah kadar sewa terkini rumah peranginan persekutuan (eksekutif)

 

kadar-sewa-rumah-peranginan-persekutuan-eksekutif

 

Rumah Transit (RT)

 

rumah-transit-bph

 

Rumah Transit adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;

  • penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan;
  • penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters;
  • penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan;
  • penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan;
  • penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya); dan
  • penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki.

 

Kadar Sewa

Berikut merupakan kadar sewa Rumah Transit.

 

kadar-sewa-rumah-transit

 

Cara Membuat Permohonan

 

Anda terlebih dahulu perlu mendaftar di laman rasmi BPH sebelum boleh membuat tempahan. Klik url dibawah untuk ke laman rasmi BPH.

 

 

Layari : Bahgaian Pengurusan Hartanah

 

Langkah pertama klik pada mendaftar akaun seperti ditanda merah di bawah.

 

daftar-bph

 

Masukkan maklumat yang diminta. Anda akan menerima email daripada sistem selepas selesai mendaftar dan semakan maklumat perjawatan akan dibuat dalam tempoh waktu bekerja.

 

pendaftaran-email

 

Selepas selesai, kata laluan akan dihantar melalui e-mail dan anda boleh mula membuat tempahan. Seeloknya, buat tempahan tiga bulan sebelum bagi memastikan percutian atau aktiviti anda dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Klik pautan ini untuk membuat tempahan : http://www.bph.gov.my/

 

Jika tidak mendapat tempahan di BPH, boleh cuba dapatkan penginapan di hotel lokasi pilihan. Jika anda ingin tempah hotel di mana-mana bandar atau lokasi pilihan percutian anda, boleh cuba aplikasi HotelsCombined untuk banding dan dapat kadar terbaik.

 

HotelsCombined.my App Percuma Carian Hotel

 

Selamat mencuba.

 

 

Kredit gambar : Bahagian Pengurusan Hartanah, Arkib CikguIK.com

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.

View all contributions by

77 comments… add one
  • Norain Zakaria
    January 16, 2015, 11:33 pm Reply

    Tq for sharing

  • ayu
    January 17, 2015, 7:28 am Reply

    Info yg sgt berguna, terima kasih..

  • miakia
    January 17, 2015, 11:03 am Reply

    Tq yr info

  • Noraizan Ali
    January 17, 2015, 4:01 pm Reply

    Good info.. Cuma skrg ni susah nk bookg.. Sbb sntiasa penuh. Sy mmg slalu jenguk, tp pelik..hari pertama bookg dibuka trus penuh.. Cepat btul org lain grab sdgkn sy pun online tgh mlm hri ianya dbuka.. Mgkin tiada rezki ms tu. Apapun alhamdulillah, pernah mnginap dua kali di Cameron highlands dlm thn 2009. servis staf sgt bagus. Kmudahan diupgrade lg hujung thn itu. Hrp dpt mginap d sana lg.. 😉

    • Ira
      September 26, 2016, 11:51 am Reply

      Duit deposit rmh peranginan mudah ke nak dpt semula..sya dah sebulan tggu blm dpt lg

  • maria binti zainal
    January 17, 2015, 11:27 pm Reply

    tqsm for the info

  • Jaime Kangoi
    February 3, 2015, 3:58 pm Reply

    mcm mana nak batal?

    • Ihzam Khairi
      February 3, 2015, 9:43 pm Reply

      Boleh hubungi terus mereka di talian 03-88800155 untuk pertanyaan lanjut dan pembatalan.

  • Md Ali
    February 13, 2015, 7:28 am Reply

    Info terbaik

  • muzafar shah bin mohamed
    May 7, 2015, 8:21 am Reply

    Info yg baik .teruskan usaha cikgu dalam memberi maklumat kepada kami.

  • m
    June 2, 2015, 12:03 am Reply

    bukan ke tempahan untuk aktiviti kementerian dan jabatan sahaja ke

  • Sham
    June 2, 2015, 10:38 am Reply

    Pesara kerajaan, layak ke utk guna kemudahan ni?

  • sumijelly
    June 3, 2015, 6:00 pm Reply

    X pernah nya nak dptbook…

    Bukan kata tuk semua gred.. apply yg tuk gred 48 pun sentiasa penuh . …

  • zaidah ngah abdullah
    June 4, 2015, 6:56 am Reply

    Tq info

  • rohani
    June 5, 2015, 2:46 pm Reply

    Tqvm for sharing info yg bmanfaat. Teruskan usaha cikgu. Ada ganjaran drpNya menanti.

  • Azidah Ali
    June 6, 2015, 9:55 am Reply

    Tak pernah dapat.. Apply utk tahun berikut nya pun fully book je.. Cuba check sikit ketelusan dalam permohonan ni ..
    Golongan dg41 memanjang je tak dapat lah sampai bila2 ..
    Ke ini utk kroni je.. Feel sad

  • Sophie
    September 1, 2015, 3:48 pm Reply

    Sekadar berkongsi pengalaman…semlm sy berjaya menginap di RP penang setelah byk kali jugak mengintai laman tempahan…peluang n kemudahan yg diberikan pd kita org2 gov…alhamdulillah..syukur..

  • Sophie
    September 1, 2015, 3:56 pm Reply

    Peliknya semlm 31 ogos..hanya kami 3 beranak sj di RP penang tu…hanya 1 kereta kami saja…2 pak guard n 2 pekerja yg tido d situ mcm pelik ja kan..fully booking di online…check in kui 2pm..sepatutnya check out esok 11 pg esok..tapi balik aje je rumah di alor setar sebab agak sunyi berada di RP…x brani la pulak…masalahnya mrk2 tempah tapi x dtg pd hr tersebut..

    • nurul yusuf
      September 2, 2015, 12:23 pm Reply

      mcm mana nk buat tempahan?
      kene kol ke mohon online?
      website bhp ni nape xleh buka?

      • Ihzam Khairi
        September 2, 2015, 12:45 pm Reply

        Salam Nurul Yusuf.

        Website mereka dalam proses penyelenggaraan. Pada 1/9/2015 saya dapat akses. Hari ini tidak dapat pula.

    • Ju Wafiy
      October 19, 2015, 12:40 pm Reply

      yg kat penang ada pool x ye? tgk yg kat PD ada pool

      • Ihzam Khairi
        October 23, 2015, 9:26 pm Reply

        Kurang pasti, boleh rujuk di talian berikut : 03-88800155

  • Nadiah Othman
    September 2, 2015, 9:38 am Reply

    sy pernah stay di RPP Labuan & Rumah Transit Labuan. RPP lagi selesa berbanding Rumah transit

  • abd ghaffar ahmad
    September 10, 2015, 8:13 am Reply

    ssya nk tau untuk menginap di rumah transit di Labuan Sabah tu bolehkah dgn tujuan kita nak berrehat dan bersantai spt di rumah2 peranginan yg lain tu, hrp dpt pencerahan.

    • Ihzam Khairi
      September 10, 2015, 1:47 pm Reply

      InsyaAllah boleh. Salah satu kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan untuk tujuan tersebut. Untuk pencerahan lanjut, boleh hubungi pihak BPH di talian 013 – 302 7600.

  • rose
    September 18, 2015, 3:42 pm Reply

    susah la nak dpt menginap.sentiasa penuh.skrg xleh nk buka plop.klu dlu seng jer..nk dftr bagai..

    • Ihzam Khairi
      September 19, 2015, 2:00 am Reply

      Perubahan ini kadang kala menyusahkan kita sebagai pengguna tetapi menyenangkan kepada mereka. Mungkin ada kebaikannya perubahan dan implimentasi sistem mereka.

  • azizi
    September 20, 2015, 9:39 am Reply

    assalam tuan,
    saya nak mohon utk penginapan di rumah transit putrajaya..
    bagaimana nak buat permohonan
    harap maaf sebab baru tahu ada kemudahan ni.

    terima kasih.

    • Ihzam Khairi
      September 21, 2015, 8:16 am Reply

      Waalaikumussalam Azizi. Boleh hubungi No. Hotline : 013-3027600 Dari Isnin – Jumaat
      Jam 8.00 a.m – 6.00 p.m

  • rose
    September 20, 2015, 6:16 pm Reply

    Saya nak tempah rph di bukit fraser.boleh saya dapatkan no tel untuk saya hubungi masih ada kekosongan atau tidak memandangkan sistem belum ok lg.tq

  • NOR RASIDAH
    September 22, 2015, 4:01 pm Reply

    Agak susah nk mohon melalui sistem baru ni..

    • Ihzam Khairi
      September 24, 2015, 7:46 am Reply

      Betul. Perlu ada verfikasi online dan pelbagai lagi. Baru boleh.

  • zie
    October 1, 2015, 2:44 pm Reply

    salam uolss..mcm mana nk mohon.sistem xok ler.. kat sistem tulis sistem online masih belum dibuka.

  • Sarimah
    October 5, 2015, 8:03 am Reply

    Pengalaman menginap di RRP Pulau Pinang, Fraser Hill dan Morib adalah terbaik.Gunakan peluang jika berpeluang.

    • Ihzam Khairi
      October 5, 2015, 2:55 pm Reply

      Betul. Ada rezeki insyaAllah akan dapat peluang bermalam di sana.

  • maziatun
    October 28, 2015, 4:46 pm Reply

    Dah lama daftar utk mohon kata laluan tapi x pernah dapat pun.

    • Ihzam Khairi
      October 30, 2015, 12:39 am Reply

      Sama la. Saya ada hubungi tapi masih belum menerim respon lagi.

  • AIN
    October 30, 2015, 2:32 pm Reply

    nak tanya lah. rate sewaan ni per day atau macam mana eh ? 🙂

  • Che Nabilah binti Hassan
    December 2, 2015, 12:00 am Reply

    Assalamualaikum
    Saya nak bertanya berapa lama tempuh untuk mendapat kata laluan.Untuk makluman akaun saya telah berjaya didaftarkan pada 18hb.Nov 2015 tetapi hingga sekarang masih belum menerima feedback dari pihak sbph.

    “Salam 1 Malaysia.Akaun telah berjaya didaftarkan. Katalaluan akan dihantar melalui e-mel setelah semakan maklumat perjawatan awam / persaraan dilakukan.
    Semakan ini dibuat dalam tempoh waktu bekerja (Isnin hingga Jumaat) sahaja.
    Sila semak emel tuan/puan dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat akaun pendaftaran tuan/puan.”

    • Ihzam Khairi
      December 16, 2015, 7:20 pm Reply

      Waalaikumussalam. Jika dirujuk pada laman sesawang mereka, memang ada masalah. Boleh hubungi 03-8880 0522.

  • Noor zaidawati binti che din
    December 3, 2015, 9:02 pm Reply

    Saya nk tanye klu daftar ada apa2 bayaran ke atau yuran yang kena bayar… kalau ada brape???

    • Ihzam Khairi
      December 16, 2015, 7:19 pm Reply

      Pendaftaran adalah percuma dan tiada bayaran dikenakna.

  • nur farhana
    December 5, 2015, 11:09 pm Reply

    Sy nk book utk rumah peranginan di langkawi..ade sape2 tau x contact number utk booking..tq

  • fideldesu
    December 12, 2015, 5:13 pm Reply

    Saya sudah mendaftar tetapi masih belum menerima emel yg mngandungi id dan password lagi. Memang lambat camni eh die nak reply ?

    • Ihzam Khairi
      December 16, 2015, 7:19 pm Reply

      Sudah cuba hubungi nombor telefon mereka untuk pengesahan? Mungkin ada masalah teknikal daripada pihak mereka.

  • Fahiss
    December 16, 2015, 8:53 pm Reply

    Salam saya dah daftar dalam bulan November 2015. Walau bagaimanapun tidak berjaya booking sebab sistem dalam penyelenggaraan. Sehingga sekarang masih belum berjaya.

    Saya ada call BPH dan dimaklumkan untuk booking hanya melalui sistem sahaja. Masih lagi menunggu sistem ok.

    • Iss
      March 3, 2016, 2:47 pm Reply

      Ya betul hingga hari ini masih masalah teknikal. Saya harap apabila sistem dah boleh masuk jangan kata semua tarikh tempoh tempahan sudah habis pula..

  • aidy
    January 8, 2016, 10:27 pm Reply

    saya ada book utk rpp pulau langkawi…..saya dah dapat surat kelulusan and no tempahan…. perlu ke saya call holiday villa langkawi utk update saya punya tempahan…. pastu kita akan dapat breakfast tak kat sana…. pastu mcm mn waktu check in kne bwk apa2 tak….. sory byk tanya plok

  • aidy
    January 9, 2016, 11:47 am Reply

    Sory tanya, saya ada tempah rpp langkawi…. dah dapat surat confirmation n no tempahan…. perlu call hotel holiday villa ke utk confirmation…. n masa daftar kne bwk apa2 tak

    • Ihzam Khairi
      January 9, 2016, 2:13 pm Reply

      Ya, seeleoknya, call Hotel Holiday Villa untuk pengesahan penerimaan tempahan. Bawa surat comfirmation bersama semasa check in.

  • insan terkilan
    January 12, 2016, 12:32 pm Reply

    sebelum itu saya mohon maaf jika apa yg sy utarakan ini akan menyinggung mana2 pihak. saya agak terkilan dengan pengurusan RPP. Tempahan sebelum ini boleh dibuat setahun, 6bln, 3bln dan terbaru ‘tempahan hanya boleh dibuat pada 7 hari sebelum menginap’ bagi staf badan berkanun… ini betul2 kejam dan zalim… bagi saya cukup dan memadai sebulan untuk tempahan sebelum menginap… dah la selama ini saya nak booking (melalui panggilan) selalunya penuh… 11 tahun sy duk perhatikan cara RPP awal tahun nie baru tergerak nak mohon online. Alih2 ‘tempahan hanya boleh dibuat pada 7 hari sebelum menginap’ sampai bila saya harus tunggu? 11 tahun lagi kah? masalahnya kawan saya tak pula terkene macam saya (badan berkanun juga)… badan berkanun seperti saya swasta kah? kemudahan kami sama seperti penjawat awam… kalian kejam dan zalim.

    • Ihzam Khairi
      January 13, 2016, 11:46 pm Reply

      Terima kasih atas perkongsian dan pandangan. Betul itu. Harapa pihak berkenaan dapat memberi penjelasan.

    • affendi
      November 17, 2016, 8:36 am Reply

      silap tu,bkn tempahan 7 hari,tmphan dibuka 3 bln ke dpan.sbb bdn berkanun ada had untuk tmpt mginap,ini diberi keutamaan kpd pnjwt awam.

  • insan terkilan
    January 12, 2016, 12:34 pm Reply

    opssss silap pos la plak maaf cikguik…..

  • ryna
    January 27, 2016, 1:14 pm Reply

    assalamualaikum,
    saya cuba hubungi no 03-8880 0522tapi gagal da tukar no ke?

    • Ihzam Khairi
      January 27, 2016, 4:13 pm Reply

      Waalaikumussalam. Merujuk kepada laman utama mereka, masih lagi nombor sama digunakan.

    • Ihzam Khairi
      January 27, 2016, 4:13 pm Reply

      Boleh cuba yang ini : 013-3027600, 03-88800005

  • Alikader
    February 12, 2016, 12:45 pm Reply

    Kalau mengharapkan BPH kosong memang susah, kena harapkan contacts/network lain kalau nak stay di penginapan murah. Company saya offer banglo Frasers Hill dgn kadar murah (RM40/room) untuk staff mcm saya. Caretaker tak kisah sgt kalau org lain masuk,janji ade surat tempahan dgn nama staff. Kalau ade company yg miliki penginapan mcm ni kat C.H untuk staff dia, boleh lah kita semua try.

  • Tengku Azrina
    March 5, 2016, 2:22 am Reply

    Salam cikgu,
    Saya br daftar untuk guna sistem tempahan online rp ini. Saya nak tempah rp cameron tapi 2..3 hari ini langsung tidak berjaya.adakah sistem alami masalah?
    Bolehkah tempah secara manual?risau kalau2 dah fully booked.
    Terima kasih.

    • Ihzam Khairi
      March 6, 2016, 9:49 pm Reply

      Tempahan secara manual boleh dilakukan. Hanya perlu hubungi mereka sahaja.

  • SUHAINI HUSSIN
    April 4, 2016, 10:14 am Reply

    Salam…saya dah biasa menempah rpp secara online sebelum nih..namun dgn sistem yg Baru nih..saya agak mengalami masalah sedikit…saya ingin mendaftar namun responnya mengatakan saya telah mendaftar…sedangkan saya Baru nak mendaftar dgn sistem yg Baru ini…bila saya masukkan nama Dan I.c saya ke ruañgan login..dia minta saya daftar.. Emmmm..saya confuse…saya telah berkali-kali menelefon kedua2 no yg diberi Di website namun tak pernah diangkat…nak buat Apa yer Cikgu?

  • SUHAINI HUSSIN
    April 4, 2016, 10:14 am Reply

    Salam…saya dah biasa menempah rpp secara online sebelum nih..namun dgn sistem yg Baru nih..saya agak mengalami masalah sedikit…saya ingin mendaftar namun responnya mengatakan saya telah mendaftar…sedangkan saya Baru nak mendaftar dgn sistem yg Baru ini…bila saya masukkan nama Dan I.c saya ke ruañgan login..dia minta saya daftar.. Emmmm..saya confuse…saya telah berkali-kali menelefon kedua2 no yg diberi Di website namun tak pernah diangkat…nak buat Apa yer Cikgu?

  • jive
    June 22, 2016, 2:40 pm Reply

    sudah banyak kali dah col tapi tak pernah jawab:( ada nombor lain ke?

  • sharon amir
    July 3, 2016, 6:44 pm Reply

    Utk makluman kpd semua pemohon RPP/BPH, anda perlu jelas bhw jumlah penjawat awam adalah 1.6 juta, termasuk badan beruniform. Tidak termasuk badan berkanun yg layak sedangkn unit RPP yg dsediakn adalah sgt terhad so siapa cpt dia dpt & tuan/puan boleh rujuk pekeliling RPP/BPH spy jelas & fhm syarat2 permohonan. Jgn membuta tuli menyalahkn pihak BPH apbila booking xberjaya. Lg pun hotel lain jga boleh menginap klu RPP/BPH full house. Kjaan sedaya upaya membuat penambahbaikan bg memenuhi kepuasan perkhidmatan spy semua penjawat awam dpt menginap d RPP/BPH.
    Walkin pn boleh tp tertakluk pd kekosongan semasa shj. Setakat ni sy berjaya menginap bcoz mengikuti kursus jab 🙂
    Terima kasih cikgu coz mempromosi RPP/BPH 🙂 good job 👍

  • roselynza mohd salleh
    July 14, 2016, 6:49 pm Reply

    bila kita boleh dapat kata laluan setelah mendaftar. adalah terpaksa menunggu beberapa hari

    • Ihzam Khairi
      July 18, 2016, 9:04 pm Reply

      Ya. Jika masih tidak dapat, boleh e-mail mereka.

  • Ziah
    July 26, 2016, 8:30 pm Reply

    Salam. Harga sewa per day ke? Saya berminat rpp di singapura, ada contact no ke? Website nya tak de respond lah.
    Thanks

  • Nabila
    August 22, 2016, 10:08 pm Reply

    Salam…tumpang tnya ya..biasanya tempoh byrn semula deposit kita brapa lama ya? Sbb dlm laman web bgtahu dlm tempoh sebulAn..

  • Mama Aufa
    September 5, 2016, 11:39 am Reply

    Saya pun dah sebulan lebih tunggu bayaran balik deposit… Dah buat aduan tapi diminta pulak details pembayaran, tempahan… Takkan takda rekod kot?

  • KHAI
    September 5, 2016, 7:03 pm Reply

    Salam.. macam mana nak buat pembayaran kalau xda onloine banking…bank transfer kat atm blh ke? kalau boleh ada nombor akaun tak??

  • Shaliza
    September 7, 2016, 10:20 pm Reply

    Arwah abah saya pesara kerajaan. Jadi sekarang mak saya pula yg ada kad pesara. Boleh ke mak saya mohon utk menyewa juga?

    • Ihzam Khairi
      October 6, 2016, 7:59 pm Reply

      Saya tak pasti. Rasanya, pesara tidak termasuk.

  • Zarina Tahir
    September 9, 2016, 11:40 am Reply

    Saya ingin maklumat ttg rumah ini.Tk

Leave a Comment