=Menu

Quizizz Alternatif Kepada Kahoot Dalam Kuiz dan Memberi Kerja Rumah

Banyak sudah aplikasi-aplikasi menarik yang boleh digunakan dalam PdP di dalam kelas mahupun di rumah. Jika ada yang belum mengetahui tentang Kahoot, di sini saya ceritakan serba sedikit tentangnya.

 

 

Kahoot ini adalah aplikasi kuiz yang menggunakan pakai dua peranti atau lebih. Ianya sangat sesuai untuk mengadakan kuiz di dalam kelas sebaik sahaja selesai satu-satu topik pembelajaran. Jadi mudah untuk para pelajar menguji sejauh mana kefahaman mereka.

 

Bukan itu sahaja, banyak sudah soalan-soalan yang boleh guru atau ibu bapa pilih untuk diguna pakai secara terus. Hanya perlu buat carian, semak dan pilih untuk digunakan di dalam kelas.

 

 

Selain itu, Kahoot juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran secara berkolaborasi iaitu dengan mode Team Mode. Melalui Team Mode ini, mereka dapat bersama-sama di dalam sesebuah kumpulan menyelesaikan soalan-soalan yang dipaparkan di hadapan kelas.

 

 

Namun begitu ada beberapa ciri yang membuatkan saya mencari alternatif kepada Kahoot. Bukan bermakna Kahoot tidak bagus. Ianya masih lagi releven dan menyeronokkan, tetapi ada beberapa ciri yang saya tidak dapat perolehi dengan Kahoot.

 

Untuk layari dan menggunakan Kahoot di dalam kelas, boleh terus ke laman web mereka. Saya kongsikan pautannya di bawah.

 

Pautan untuk akses bagi pelajar : https://kahoot.it/

Pautan untuk akses bagi guru yang menyediakan soalan : https://getkahoot.com/

 

 

Quizizz

 

 

Hasil carian saya di dalam internet beberapa bulan yang lepas menemukan saya dengan aplikasi Quizizz. Apa yang menariknya tentang Quizizz berbanding Kahoot ialah ianya tidak memerlukan paparan yang berlainan untuk memaparkan soalan.

 

Hanya satu peranti, soalan dan pilhan jawapan akan dipaparkan. Sudah tentu, penggunaan di telefon pintar juga ada dan paparan yang dimuatkan pada skrin juga kelihatan sesuai.

 

 

Kelebihan ini memudahakn untuk warga guru membuat kuiz dan meminta pelajar menjawab bukan sahaja di sekolah, malah di rumah. Ibu bapa juga tidak perlu untuk membuka projektor atau memasang skrin lain untuk menunjukkan soalan untuk anak. Nak cuba? Klik pautan ini : https://quizizz.com/join/ Masukkan kod di bawah 394032 (Deadline 9:00pm April 11)

 

 

Berbanding Kahoot, analisa keseluruhan pilihan jawapan boleh dipaparkan secara realtime di Quizizz. Ini membolehkan para guru menilai dan melihat dengan lebih jelas soalan apa yang banyak pelajar lakukan kesilapan. Dan soalan mana yang menjadi kekuatan pelajar. Ini memudahkan untuk membuat analisis soalan.

 

 

Jadi ini sedikit sebanyak perkongsian saya berkaitan Kahoot dan Quizizz. Semoga apa yang dikongsikan pada kali ini dapat memberikan input yang bermanfaat kepada anda.

 

Ini pautan untuk ke Quiziz  sebagai admin soalan : https://quizizz.com/

Ini pula pautan untuk masuk sebagai tukang jawab soalan  : https://quizizz.com/join/

 

Kredit gambar : Arkib Cikguik, Learninginhand

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.

View all contributions by

2 comments… add one
  • Az
    March 30, 2017, 5:03 pm Reply

    Terima kasih atas perkongsian ini. Saya baru mereka satu quiz di Quizizz dan telah pun mencubanya tadi. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menggunakan Kahoot di dalam bilik kuliah sebelum ini, dan saya bersetuju dengan tuan, ia lebih baik dari Kahoot 🙂

    • Ihzam Khairi
      March 30, 2017, 9:01 pm Reply

      Alhamdulillah. Terima kasih atas kesudian komen di blog saya. Saya suka gunakan Quizizz kerana ianya tidak memerlukan paparan lain untuk memaparkan soalan. Hanya pada peranti sendiri. Jadi guru boleh memantau secara terus semua soalan yang sedang dijawab pelajar.

Leave a Comment