=Menu

Perisian Percuma Microsoft Office 365 Education Untuk Guru dan Pelajar

Kerja-kerja menaip dan membuat persembahan pengajaran seorang guru banyak menggunakan komputer dan telefon pintar. Kebiasaannya, warga pendidik ini banyak menggunakan persisian seperti Microsoft Office Word, Power Point dan Excel bagi memenuhi keperluan tersebut.

 

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

 

Di sini saya ingin kongsikan satu cara bagaimana warga guru dan pelajar boleh memuat turun dan menggunakan persisian seperti Microsoft Office Word, Power Point dan Excel secara percuma. Apa yang lebih penting, ini adalah asli, sah dan bukan cetak rompak. Anda boleh muat turun microsoft office percuma.

 

Office 365 Education

 

Buat pengetahuan warga pendidik semua, sejak awal Februari 2015, pihak Microsoft telah melancarkan satu program Microsoft Office percuma untuk pelajar dan guru di New York. Kini program tersebut telah tersebar dan boleh diakses kepada serata dunia yang mendapat Office 365.

 

 

Office 365 Education ini sama sahaja seperti Office sedia ada yang sudah dipasang di dalam sistem operasi (sekiranya anda gunakan Microsoft Office). Apa yang pasti, perisian yang dibekalkan ini percuma dan boleh dikemas kini tanpa risau ianya akan disekat.

 

Penggunaan Office 365 Education adalah percuma selagi mana anda berkhidmat sebagai seorang guru dan pelajar (selagi mana email yang didaftarkan wujud) di institusi pendidikan tersebut. Tambahan lagi, percuma 1 TB kapasiti One Drive.

 

Anda boleh rujuk FAQ berkaitan Office 365 Education di bawah ini :

 

faq

 

Cara Daftar Office 365 Education Percuma

 

Sebelum mendaftar, pastikan anda mempunyai email institusi pengajian anda. Bagi warga guru dan staff Kementerian Pendidikan Malaysia, anda hanya perlukan email Frog Vle anda dan kata laluan.

 

#1 Langkah Satu.

Klik pada link  ini : https://products.office.com/EN-MY/student/office-in-education?tab=teachers . Anda akan mendapat paparan sebegini. Masukkan email Frog VLE anda.

 

 

Masukkan emasil yes anda. Contoh [email protected]

Akan ada paparan sebegini keluar. Anda perlulah pilih I’m a teacher.

 

 

#2 Langkah Dua

Semak email Frog VLE anda. Anda boleh akses menggunakan link ini : https://mail.google.com .Masukkan email Frog VLE anda dan kata laluan. Semak inbox atau spam folder. Akan dapat satu email seperti di bawah.

 

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

 

Klik pada email tersebut dan sahkan sahaja.

 

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

 

#3 Langkah Tiga

Kemudian, masukkan nama dan kata laluan.

 

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

 

Anda kemudian akan dibawa ke ruangan muat turun untuk memuat turun perisian Office 365. Selsai memuat turun, anda boleh memasang ia ke dalam sistem operasi anda. Ianya sesuai untuk Windows dan Mac.

 

 

Lebih menarik lagi, jika anda memerlukan perisian ini dipasang ke dalam telefon pintar anda, anda boleh melihat ia di sini : http://g.microsoftonline.com/0BX20en/1428

 

 

Untuk pengetahuan anda, anda boleh memuat turun dan pasang ia sehingga 5 komputer atau Mac, 5 tablet dan 5 telefon pintar secara percuma.

 

 

Tambahan lagi anda akan mendapat 1 TB saiz simpanan One Drive. Ia bersamaan dengan menyimpan lebih kurang 200 000 buah lagu (andaikan sebuah lagi menggunakan saiz 5 Mb).

 

 

Semoga perkongsikan kali ini bermanfaat untuk anda menjadi lebih hebat dan cemerlang dalam dunia IT dan pendidikan. Jangan lupa komen di bawah dan kongsikan dengan rakan lain jika ianya bermanfaat.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK.com, Microsoft Office 365,

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.

View all contributions by

67 comments… add one
  • Cikgu idris
    November 25, 2015, 11:54 pm Reply

    Terima kasih cikgu. Office 365 ni offline ke online shj cikgu?

    • Ihzam Khairi
      November 26, 2015, 12:22 am Reply

      Ianya boleh digunakan secara kedua-duanya. Namun begitu, akses internet diperlukan setiap 30hari untuk semakan langganan percuma. Itu sahaja.

      • khairi
        January 5, 2016, 11:30 am Reply

        salam cikgu terima kasih atas perkongsian

        maksud yang percuma ni..tiap2 bulan perlu update atau hanya boleh guna unk sebulan saja..?

        • Ihzam Khairi
          January 5, 2016, 8:25 pm Reply

          Owh, percuma di sini maksudnya, perlukan akses internet untuk semakan pengeshan akaun sahaja. Ianya adalah percuma selagi mana masih valid email tersebut.

  • cikgu idris
    November 25, 2015, 11:59 pm Reply

    Terima kasih cikgu ihzam. Nak tanya, office 365 ni boleh gunakan offline atau just online sahaja?

    • Ihzam Khairi
      November 26, 2015, 12:21 am Reply

      Terima kasih. Ianya boleh digunakan offline dan online. 🙂

  • Salwa Binti Mohd Hadi
    November 26, 2015, 7:19 am Reply

    Assalamualaikum cikgu, boleh ke kita install guna id yang sama untuk laptop dan pc berbeza?

    • Ihzam Khairi
      November 26, 2015, 9:31 am Reply

      Waalaikumussalam. Berdasarkan FAQ yang diberikan oleh Microsoft, ianya adalah sehingga 5 perkakas komputer.

  • cikgu intan
    November 26, 2015, 7:48 am Reply

    Salam..kalau dlm pc mmg sudah ade office ( bukan asli), boleh ke sy download office 365 yg ni tanpa remove office yg terdahulu? Tq

  • CIKGUSITIZAINAB
    November 26, 2015, 3:32 pm Reply

    Tq, cikgu.. Sangat berguna utk saya.

    • Ihzam Khairi
      November 27, 2015, 9:47 am Reply

      Terima kasih. Alhamdulillah dapat membantu.

  • areef
    November 26, 2015, 5:37 pm Reply

    salam cikgu… nak activate guna akaun frog juga ke atau akaun lain…saya dh try kesemua akaun, tapi tak boleh nak activate.

    • Ihzam Khairi
      November 27, 2015, 9:46 am Reply

      Waalaikumussalam. Gunakan akaun yang didaftarkan untuk mengaktifkan.

  • Fairoes
    November 26, 2015, 5:46 pm Reply

    Assalamualaikum cikgu, Langkah saya terhenti hingga Langkah #3 .. selepas saya isi pengenalan diri dan pasword, saya tekan START ..tapi tak ada arahan download. Kenapa ye cikgu..?

    • Ihzam Khairi
      November 27, 2015, 9:48 am Reply

      Waalaikumussalam. Cuba mula semula dari langkah satu.

  • Muhammad
    November 27, 2015, 2:21 am Reply

    Tuan,

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Walau bagaimanapun, saya rasa kita perlu beri perhatian soal privacy dan security kepada files / document kita apabila menggunakan office 365 jenis ini ( di bawah sekolah atau syarikat ).

    Notice to End Users
    If you sign up for Microsoft business websites, services and products with a work or school email address, your administrator may subsequently be able to assume control of your account and obtain access to your data and prior network activities.

    Boleh rujuk link ini : https://login.microsoftonline.com/privacy

    Kalau saya tidak salah faham, Jika menggunakan office 365 menggunakan kaedah ini ( school email address ), admin berhak mencapai data kita yang terkandung akaun office 365 kita.

    • Ihzam Khairi
      November 27, 2015, 9:41 am Reply

      Betul tu Tn. Namun begitu, kita digalakkan untuk menyimpan semua dokumen kita di dalam komputer tanpan menyimpan ia di atas talain. Jadi ianya lebih privacy dan selamat.

  • Donatus
    November 27, 2015, 7:42 am Reply

    Saya tak ada e-mel Frog VLE? Bagaimana nak dapatkan akaun Frog VLE?

    • Ihzam Khairi
      November 27, 2015, 9:39 am Reply

      Bagi yang tiada email atau akaun Frog VLE, boleh gunakan email .edu.my .Lebih digalakkan.

  • Aaj
    November 27, 2015, 11:36 am Reply

    Mana link download dia cikgu

  • Aaj
    November 27, 2015, 11:38 am Reply

    Free sampai bila atau cuma try version untuk sebulan?

    • Ihzam Khairi
      November 27, 2015, 4:46 pm Reply

      Perisian ini free selagi mana akaun email yang didaftarkan itu masih valid dan wujud.

  • abd ghafar
    December 27, 2015, 12:48 am Reply

    macammana saya nak activate office 365?bila saya tekan sign in, saya xleh nak masukkan emel..keras cam tu je..jadi,office saya skarang ni masih belum actiated…terima kasih

    • Ihzam Khairi
      December 29, 2015, 8:45 pm Reply

      Boleh cuba semak email yes yang digunakan itu. Akan terdapat satu email verifikasi di dalamnya selepas mendaftar di laman tersebut.

  • norehan
    December 29, 2015, 6:24 pm Reply

    Hanya yang ada line Yes jer ke yg dpt perisian ini? Sy dah cuba beberapa kali tak dpt….x terima apa2 mail pun…sy guna stremyx.

    • Ihzam Khairi
      December 29, 2015, 8:44 pm Reply

      Ohw.. Tidak. Hanya gunakan email yes yang digunakan untuk log in 1bestari net (Frog VLE)

  • Siti Fatimah
    January 10, 2016, 12:15 pm Reply

    sekarang saya guna windows 7 ultimate yg pirate. perlu ke saya uninstall dulu?

  • nadhira
    March 27, 2016, 4:06 am Reply

    Assalamualaikum. nak tanya. dia kata “as long as you are working at a qualified school” so kalau student yang dah habis study, automatik dah tak boleh guna lagi? atau kat malaysia berbeza sikit, masih boleh pakai walaupun dah habis study?

    • Ihzam Khairi
      April 8, 2016, 11:24 am Reply

      Saya tak pasti. Tapi rasanya masih boleh digunakan lagi.

  • haslina
    April 10, 2016, 6:12 pm Reply

    kenapa sy tak boleh download……

    ini yg keluar

    Sorry…

    We can’t sign you up right now because we can’t verify your school is on our list of eligible institutions. Check back in a few days to see if your school is eligible.
    And just in case: look for typos in the email address you entered. That could be the problem.

    • Ihzam Khairi
      May 1, 2016, 5:32 pm Reply

      Boleh cuba gunakan email .edu.my pula.

      • siti
        May 5, 2016, 7:29 pm Reply

        saya punya masalah, dia tulis akaun yes sy tu, isnt associated with this office product. to activate this install, please sign in product.
        sy boleh log in, tapi nak guna word dan semua la tak boleh. jadi ada cara tak nak selesaikan..

        • Ihzam Khairi
          May 10, 2016, 3:07 pm Reply

          Kalau begitu, boleh cuba gunakan email lain seperti email yang mempunyai .edu.my.

  • Ekieen
    April 19, 2016, 2:39 pm Reply

    As Salam

    Kenapa ye saya tak boleh download? Adakah tempoh sudah tamat atau sbb sy guna Windows 10?

    Harap Tuan dapat membantu.

    • Ihzam Khairi
      May 1, 2016, 5:31 pm Reply

      Waalaikumussalam.

      Ramai yang mencuba tapi tidak berjaya. Mungkin pihak Microsoft Office sudah menyekat bagi pengguna Yes. Boleh cuba untuk gunakan dengan email .edu.my pula.

  • raffiq
    April 27, 2016, 6:26 am Reply

    kenapa sy ada online version shj?xde link utk download…

    • Ihzam Khairi
      May 1, 2016, 5:29 pm Reply

      Boleh berikan saya link untuk buat semakan.

  • Ammad
    April 27, 2016, 9:31 am Reply

    Cg, berapa lama agaknya kita terima notifikasi drpd pihak Microsoft sebelum kita boleh ke Langkah 2??? Mohon pencerahan

    • Ihzam Khairi
      May 1, 2016, 5:26 pm Reply

      Ketika saya buat tempoh hari ianya akan terus sahaja ke langkah dua.

  • HASLINA BINTI ABU BAKAR
    April 28, 2016, 10:49 am Reply

    salam…terima kasih atas perkongsian. Saya dah cuba langkah2 yang ditunjukkan tapi tak muncul bahagian ‘install’. Bila saya cuba install dari sidebar, hanya boleh download one drive manakala office pula dia tulis ‘Please contact your admin. It looks like they haven’t assigned you a license for the Office desktop apps.’ Siapa admin yang dimaksudkan?

    • Ihzam Khairi
      May 1, 2016, 5:25 pm Reply

      Jika admin yang dimaksudkan ialah pihak Yes itu sendiri.

  • Mahenthiran
    May 6, 2016, 10:38 pm Reply

    Salam. Saya cuba klik dokumen di emel. Tetapi muncul pula sebegini ‘Sorry, the link you used to complete your signup was invalid or has expired’. Apa saya patut buat? Tk.

    • Ihzam Khairi
      May 10, 2016, 3:01 pm Reply

      Salam juga. Boleh gunakan email lain pula dengan email yang mempunyai.edu.my

  • balkis
    May 21, 2016, 4:49 am Reply

    salam…email edu.my tu kena daftar baru la ye?

  • TIONG KING SOON
    July 4, 2016, 9:34 pm Reply

    ‘Please contact your admin. It looks like they haven’t assigned you a license for the Office desktop apps.’ Siapa admin yang dimaksudkan? macam mana hendak dia assigned saya satu license?

    • Ihzam Khairi
      July 18, 2016, 9:05 pm Reply

      Untuk admin, boleh rujuk siapa yang mengawal email tersebut. Jika sekolah yang menggunakan domain .edu.my boleh rujuk dan bertanya kepada webmaster.

  • aiman
    August 4, 2016, 10:57 pm Reply

    rasanya dah xbleh download dah, dah diberhentikan…tp untuk mereka yg sempat download sblum ini, mreka masih lagi dpt guna kmudahan ini sperti biasa…sejak bila mereka tutup sy xpasti…

  • rb
    August 12, 2016, 5:50 pm Reply

    Cikgu,
    Slm sjhtera. Saya dh cuba dftar mnggunakn akaun frogvle sbg admin. Tp bila nak truskn sistem dh tak berganjak lg. Bila semak balik dlm email Yes atau gmail tetap s ada jwpn dri Office365. Kat mna ia kandas ya?

  • azim
    August 16, 2016, 9:54 pm Reply

    saya tidak dapat masuk, ‘dont recognize this user id dan password’, bagaimana ya

  • noraida
    November 7, 2016, 9:39 pm Reply

    ..mcm mana nak access…kluar ” Please contact your admin. It looks like they haven’t assigned you a license for the Office desktop apps.”

    • Ihzam Khairi
      January 5, 2017, 4:02 pm Reply

      Puan boleh lihat link yang terbaru telah saya kemas kini untuk muat turun.

      • Azmil
        February 6, 2017, 11:48 pm Reply

        Masih tak boleh download lagi. Microsoft bagi guna yg online saja

        • Ihzam Khairi
          April 11, 2017, 7:38 am Reply

          Mungkin perisian ini telah tamat tempohnya untuk muat turun.

  • Jahlelawaty
    December 7, 2016, 10:44 am Reply

    Salam. Saya dh download seperti di atas, tetapi program word, excel dan lain2 tiada. Bagaimana saya nak munculkan program tersebut dlm komputer saya ye. terima kasih

    • Ihzam Khairi
      January 5, 2017, 4:02 pm Reply

      Puan boleh lihat link yang terbaru telah saya kemas kini untuk muat turun.

  • redzuan
    January 12, 2017, 8:00 am Reply

    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. RASANYA UNTUK TAHUN 2017 NI DAH STOP KOT UTK OFFICE 365 UTK CIKGU2…
    SBB BILA SIGN IN Please contact your admin. It looks like they haven’t assigned you a license for the Office desktop apps”
    LAGI SATU KAT PAPARAN TU KELUAR “INSTALL SOFTWARE” SAHAJA, BUKAN Instaal Office 2016.

  • din
    January 22, 2017, 7:46 pm Reply

    salam..tuan..sy x dapat akses yg offline punya sbb ape ye..? selepas install tiada satu pun perisian office di pc..hanya di online shj yg ad..

    • Ihzam Khairi
      January 23, 2017, 7:05 am Reply

      Waalaikumussalam. Oh ya ka Tuan. Saya buat semakan semua. Boleh saya tahu saiz muat turun perisian?

  • noorazizah
    March 10, 2017, 9:11 am Reply

    assalam, cikgu nak tanya…saya dah ikut arahan dalam gambar di atas dan berjaya daftar. malangnya tidak ada keluar button install office seperti dalam gambar tu…so apa perlu saya buat? sebab sekarang saya hanya boleh guna online sahaja…terima kasih banyak cikgu…

  • ABDULLAH AB RAHMAN
    April 23, 2017, 8:38 am Reply

    Untuk makluman semua, jika daftar guna frog vle peribadi, anda hanya boleh gunakannya secara online sahaja. Jika sekolah anda punya domain sendiri seperti , admin sekolah perlu daftarkan dengan microsoft, barulah anda boleh daftarkan akaun yang akan keluar butang download office. Jadi maklumat yang diberi oleh laman ni dan juga btp tidak tepat. Kebanyakan sekolah tak ada domain, jadi tak dapat nak buat. Jika masih berminat anda boleh create domain untuk setahun rm50+ (domain utk website). Semoga terjawab segala persoalan.

  • Mohd Zulhariff Ahmad Zolkifli
    July 13, 2017, 3:08 pm Reply

    Assalamualaikum Cikgu, saya punya masalah pula berbeza sedikit? pada mula nya saya beli Microsoft Office semasa saya membeli lapotop dan sy dapat yang original punya Microsoft office selepas setahun Microsoft saya tak dapat digunakan balik? kenapa jadi macam ni cikgu? sekadar bertanya. maaf.

  • Peter
    August 3, 2017, 5:53 pm Reply

    Adakah pakej ini masih berkuatkuasa? Saya telah cuba mendaftar dengan emel yes.my saya tetapi belum terima emel pengesahan.

Leave a Comment