=Menu

Panduan Membuka Whatsapp dan Telegram di Komputer

Kemudahan yang menjadi pengganti sistem pesanan ringkas seperti Whatsapp dan dan Telegram sudah adakalanya memberi sedikit kesusahan kepada warga pendidik juga. Apa tidaknya, dokumen-dokumen banyak dihantar menerusi sistem.

 

 

Kemudian dokumen tersebut perlu dicetak. Jadi bagi memudahkan kerja-kerja warga pendidik daripada membuat pemindahan dokumen yang diterima tadi, saya sediakan panduan untuk membuka Whatsapp dan Telegram di komputer.

 

Kelebihan Membuka Whatsapp dan Telegram di Komputer

 

Perisian Whatapp dan Telegram ini banyak diguanakan dalam komunikasi kerja seharian. Bukan itu sahaja, perbualan semasa ahli keluarga juga dapat dilakukan dengan adanya kemudahan kumpulan dalam perisian tersebut.

 

 

Antara kelebihan memasang Telegram dan membuka Whatsapp pada komputer adalah kita dapat memuat turun dokumen-dokumen yang diberikan terus ke komputer. Jadi, lebih mudah untuk mencetak atau membuat editing  pada dokumen tersebut.

 

Selain itu, perbualan bersama rakan-rakan dapat diteruskan ketika melakukan kerja di komputer tanpa perlu membuka telefon pintar. Jadi hanya satu peranti sahaja yang diperlukan.

 

Panduan dan Cara Membuka Whatsapp di Komputer

 

 

Saya mulakan dahulu dengan panduan atau cara untuk membuka Whatsapp di komputer. Bagi membuka Whatsapp di komputer samada komputer riba atau komputer meja, anda hanya memerlukan web browser anda dan internet.

 

Hanya perlu klik sahaja ke url ini : https://web.whatsapp.com/

 

Langkah seterusnya adalah membuat imbasan kod yang tertera di komputer dengan perisian Whatsapp pada telefon pintar anda. Ini bertujuan untuk membuat rangkaian antara Whatsapp Web dengan Whatsapp di telefon pintar anda.

 

 

Video di bawah menunjukkan cara bagaimana untuk membuat imbasan daripada telefon bimbit anda dengan komputer.

 

 

Namun begitu, perlu diingat, telefon pintar anda yang telah dipasang Whatsapp perlu kekal dan berada dalam talin internet sepanjang masa penggunaan Whatsapp di komputer.

 

Alternatif kedua dalam membuka Whatsapp di komputer adalah dengan memuat turun perisian Whatsapp dan memasang ia. Bagi memuat turun perisian Whatsapp ini anda boleh mendapatkan ia pada pautan di bawah.

 

 

Muat Turun Whatsapp untk Komputer : https://www.whatsapp.com/download/

 

Setelah selesai memuat turun, anda boleh membuat pemasangan seperti biasa. Proses yang sama juga perlu anda lakukan, iaitu anda akan diminta untuk membuat imbasan melalui telefon pintar. Kelebihan cara ini, anda tidak perlu lagi membuka laman web tadi dan ianya tersedia di dalam komputer. Hanya perlu klik sahaja ikon Whatsapp.

 

Panduan membuka Telegram di Komputer

 

Bagi membuka Telegram, kaedah yang hampir sama dengan Whatsapp. Telgram juga menyediakan perkhidmatan untuk membuka menerusi pelayar internet. Caranya adalah dengan membuka url di bawah.

 

Telegram untuk pelayar internet : https://web.telegram.org/

 

Telegram tidak menggunakan imbasan QR Code. Mereka lebih gemar menghantar nombor pin atau memanggil nombor telefon anda dan memberikan nombor pin sekiranya tidak berjaya menerima nombor pin melalui sistem pesanan ringkas.

 

 

Langkah pertama adalah anda perlu memilih negara dan memasukkan nombor telefon anda. Kemudian nantikan sms atau panggilan (sekiranya masa menunggu sms tamat) untuk mendapatkan no pin.

 

Selepas itu anda boleh menggunakan Telegram seperti biasa. Proses yang sama juga bagi yang memilih untuk memuat turun perisian Telegram di komputer anda.

 

Muat turun Telgram : https://desktop.telegram.org/

 

Semoga apa yang saya kongsikan pada kali ini dapat membantu anda, warga pendidik, memudahkan kerja hakiki anda.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK, Microsiervos

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.

View all contributions by

11 comments… add one
  • Ysl
    January 12, 2017, 7:55 pm Reply

    Good info….Thanks for the sharing

    • Ihzam Khairi
      January 12, 2017, 8:00 pm Reply

      Terima kasih juga sudi memberi komen. Sokongan daripada Puan, memberi motivasi untuk saya menulis lagi.

  • mar
    January 12, 2017, 9:36 pm Reply

    terima kasih ats perkongsian..sgt berguna..

  • suwati
    January 15, 2017, 9:18 am Reply

    Terina kasih bnyk atas perkongsiannya. Sgt bermanafaat. Semuga diberkati Allah sentiasa.

    • Ihzam Khairi
      January 16, 2017, 7:15 am Reply

      Sama-sama. Terima kasih juga atas komen dan doa. Amat saya hargai.

  • Alia Berhan
    January 17, 2017, 4:22 am Reply

    Terima kasih atas perkongsian ilmu dari pihak tuan…

    • Ihzam Khairi
      January 17, 2017, 9:03 am Reply

      Sama-sama. Moga ianya dapat membantu. Terima kasih juga sudi menyinggah.

  • Mohd Sabri Sudin
    January 18, 2017, 12:31 pm Reply

    terima kasih, mengurangkan typo bagi yang berjari besar ni.

    Teruskan berkongsi semoga tuan Ihzam khairi diberikan minda dan akal yg cerdas sentiasa

    • Ihzam Khairi
      January 19, 2017, 7:07 am Reply

      Sama-sama Tuan. InsyaAllah. Terima kasih atas sokongan dan jika ada idea serta komen untuk penambahbaikan, sangatlah saya hargai. Terima kasih sekali lagi.

  • Komathy
    July 20, 2017, 11:16 am Reply

    thank you…

Leave a Comment