=Menu

Kenali CikguIK

Saya merupakan seorang pendidik yang sedang menjalankan tugas mendidik di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman Sabah sehingga awal Januari 2015. Kini berpindah tugas ke Felda Trolak Utara, Perak untuk menyambung khidmat bakti di negeri tersebut.

 

ihzam-khairi

Penulis (paling kiri) ketika menghadiri Festival Filem dan Video IPT Malaysia 2011 mewakili team produksi IPG Afzan dengan video Cakna Pedagogi.

 

Minat yang mendalam pada dunia IT membuatkan saya ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan saya kepada semua rakan-rakan pendidik di luar sana. Pengalaman saya membantu rakan-rakan dalam masalah komputer dan pengendalian laman web memberi peluang untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan lain.

 

Sejak dari tahun kedua pengajian, saya mula melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan terlibat secara aktif sebagai krew MCP di IPG dan pelbagai aktiviti-aktiviti sosial. Kini menjawat sebagai seorang guru sekolah rendah biasa meneruskan khidmat dan mahu membuat perkara-perkara luar biasa untuk pendidikan dengan cara tersendiri, maka tertubuhlah CikguIK dot com ini.

 

kogum

Penulis (duduk paling kiri di barisan sofa) bersama-sama urusetia KOGUM 2011.

 

 

Laman web ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu pengetahuan penulis dalam bidang pendidikan dan pelbagai info yang bermanfaat. Bermula pada penghujung tahun 2014, CikguIK dot com memulakan tugasnya dalam menyampaikan ilmu dalam bentuk grafik mahupun penulisan.

 

CikguIK dot com diwujudkan dan dikendalikan oleh seorang pendidik, Cikgu Ihzam Khairi. Apa yang diharapkan, laman web ini dapat memberi manfaat kepada semua yang datang singgah membaca.

 

Berkat motivasi dan sokongan daripada pengunjung laman web ini, CikguIK dot com berharap dapat memuatkan lebih banyak artikel dan info kepada pembaca semua.

 

Perkongsian dan kemahiran yang dipelajari daripada kelas formal dan tidak formal akan saya kongsikan untuk memudahkan tugasan kita sebagai pendidik abad ke-21 ini. Semoga perkongsian yang bermanfaat ini dikongsi dan diamalkan bersama.

 

 

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

 

Yang Ikhlas

 

sign-cik

 

 

 

Portfolio Cikgu IK