=Menu

Cara Mengisi Borang dalam Format PDF di Komputer

Mengisi pelbagai borang adalah sinonim dengan tugas sebagai seorang penjawat awam. Hampir kebanyakan aktiviti yang hendak dibuat, perlu mengisi pelbagai borang walaupun zaman sudah moden. Ada kebaikan dengan mengisi borang ini, antaranya jika sistem down dan tiada bekalan elektrik, borang atau penggunaan kertas ini dapat membantu merekod maklumat dengan teratur.

 

 

Jadi, di sini saya berikan cara mengisi borang dalam format PDF menggunakan komputer sebelum mencetaknya. Lazimnya kita akan memuat turun pelbagai borang dari laman sesawang tertentu dan mencetak ia. Kemudian menggunakan pen mata bulat bewarna hitam atau biru untuk mengiisinya.

 

Adakalanya, tulisan kita agak kecil dan menyukarkan penerima borang untuk memproses maklumat tertera di borang. Jadi penggunaan komputer dalam urusan ini, dapat membantu memudahkan lagi individu yang menerima borang tersebut. Tulisan lebih sekata, kemas dan jelas.

 

 

Selain itu, kita dapat mengelakkan pembaziran borang sekiranya tersalah isi kerana dengan menaip maklumat dan mengisi ia di komputer membolehkan kita mengubah kembali maklumat jika tersalah isi. Apa yang penting, semak dahulu sebelum mencetak.

 

Cara Mengisi Borang dalam Format PDF di Komputer

 

Panduan yang saya kongsikan ini menggunakan satu perisian yang saya rasa banyak komputer sudah pun memasang ia. Perisian ini ialah Adobe Reader. Ia membolehkan kita menaip perkataan, nombor, huruf pada ruangan kosong yang tersedia pada setiap borang yang dimuat turun.

 

Hanya empat langkah mudah sahaja.

 

Pertama, buka perisian Adobe Reader. (Jika belum ada, anda boleh muat turun perisian ini dalam bentuk versi yang terbaharu, boleh muat turun di sini : https://get.adobe.com/reader/)

 

 

Kemudian klik pada Tools, dan pilih open pada Fill & Sign. Select file yang mahu diisi.

 

 

Pilih borang pilihan anda.

 

 

Letakkan cursor pada mana-mana bahagian borang yang hendak diisi dan mula menaip dengan maklumat yang dikehendaki.

 

 

Selesai, klik pada menu File, dan save.

 

 

Anda kemudiannya boleh mencetak borang yang telah pun ada isi dengan maklumat yang dikehendaki. Semoga perkongsian ringkas saya ini dapat membantu memudahkan lagi kerja atau tugas anda di pejabat dan di sekolah.

 

Kredit gambar : Arkib CikguIK

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.

View all contributions by

9 comments… add one
  • Herman
    January 18, 2017, 9:47 am Reply

    Assalamualaikum. Terima kasih info tentang cara pengisian dlm pdf…sangat2 membantu. Terima kasih….

  • Wan
    January 18, 2017, 4:21 pm Reply

    Slm tuan….mesti windows 8 ke

    • Ihzam Khairi
      January 19, 2017, 7:05 am Reply

      Waalaikumussalam. Tidak. Hanya perlu versi perisian Adobe Reader yang terbaru sahaja. 😉

  • Sharifah Sharina Syed Aswad
    January 21, 2017, 3:54 pm Reply

    Foxit Reader juga ada kemudahan yang sama. Ianya percuma seperti Adobe Reader.

  • Zaimah binti Musa
    March 10, 2017, 4:43 am Reply

    Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu.

    • Ihzam Khairi
      March 10, 2017, 7:10 am Reply

      Sama-sama. Alhamdulillah. Seronok dapat membantu.

  • badli rasli
    May 25, 2017, 10:56 pm Reply

    boleh tak kita masukkan foto ke dalam borang format pdf ni?

  • Sabariah
    August 3, 2017, 11:15 am Reply

    Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu..sgt2 membantu dan bermanfaat…

Leave a Comment