=Menu

Cara Membuka Sekatan Internet 1BestariNet KPM

Semua sedia maklum, sekolah mendapat kemudahan internet percuma yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan untuk kegunaan guru dan kakitangan dalam menjalankan tugas seharian. Namun begitu, atas beberapa faktor, pihak 1BestariNet membuat sekatan terhadap sesetengah laman sesawang.

 

 

Adabaiknya tindakan tersebut dan adakalanya memberi kesusahan kepada guru yang mahu mendapatkan bahan dalam laman sosial seperti Facebook. Oleh itu, saya kongsikan cara mudah untuk membuka sekatan internet 1BestariNet ini.

 

Cara Membuka Sekatan Internet

 

Saya akan berkongsi hanya satu cara termudah iaitu menggunakan pelayar internet Opera. Pelayar internet Opera yang terkini, mempunyai fungsi VPN tersendiri yang sudah sedia terpasang di dalam pelayar tersebut. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memasang atau mengemaskini pelayar Opera sedia ada ke dalam komputer anda.

 

 

Klik pada link ini untuk muat turun Opera Browser : Download Opera

 

Selesai memuat turun dan memasangkan ia, anda hanya perlu membuka pelayar Opera tersebut. Di sini saya memberi contoh dengan melayari laman sesawang Y8.com ( laman popular dalam kalangan anak didik saya di sekolah untuk bermain permainan  internet ).

 

 

Anda akan dapati capaian ke laman sesawang tersebut disekat. Paparan sebegini akan muncul menunjukkan laman tersebut tidak dapat diakses.

 

 

Sekiranya anda tiada butang VPN pada sebelah alamt URL tersebut. Anda pelu pergi kepada tetapan Opera. Klik pada menu di sebelah kiri atas Opera, dan klik Settings.

 

 

Kemudian, klik pada Privacy & Security. Selepas itu, cari perkataan VPN dan tick pada bahagian enable VPN.

 

 

Selepas itu butang vpn akan muncul. Jadi, perkara yang perlu anda lakukan adalah klik pada butan VPN (Virtual Private Network) yang berada pada sebelah kiri alamat laman sesawang.

 

 

Paparan di atas akan muncul dan hanya perlu gerakkan slider off kepada on.

 

 

Terdapat satu lagi pilihan tambahn iaitu Virual Locations pada bahagian bawah ruang VPN tersebut. Ianya berfungsi untuk memilih server mana yang mahu digunakan ketika melayari internet sekiranya sekatan masih lagi tidak dapat dibuka. Saya galakkan ambil Singapore kerana ianya antara lokasi yang terdekat dalam senarai pilihan.

 

 

Selesai membuat tetapan, hanya perlu menekan butang F5 pada papan kekunci komputer anda atau klik pada butang Refresh (anak panah pusing di sebelah kiri butang VPN).

 

 

Ini hasilnya. Saya juga ada cuba untuk mengakses laman sosial seperti Facebook yang disekat ketika waktu bekerja dan hasilnya, laman tersebut boleh dibuka.

 

 

Kaedah ini juga dapat digunakan bagi membuka laman web yang disekat oleh Suruhanjaya dan Sekuriti Malaysia.Bagi pengguna telefon pintar, anda masih boleh membuka sekatan internet dari telefon anda. Masih juga menggunakan Opera. Namun perlu membuat pemasangan VPN Opera di telefon pintar terlebih dahulu. Mungkin artikel saya yang terdahulu berkaitan Buang Sekatan Internet dapat membantu.

 

Kredit Gambar : Arkib CikguIK

Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang IT. Beliau suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja. Ilmu itu milik semua.

View all contributions by

6 comments… add one
  • JULIANA
    January 12, 2017, 9:17 am Reply

    Tqvm di atas perkongsian ilmu..
    sangat2 membantu…
    saya bagi 5 bintang 😉

  • Syahaneem Oon
    January 19, 2017, 9:26 pm Reply

    terima kasih atas perkongsian ilmu ni.. semoga tuan diberkati dan dimurahkan rezeki.. halalkan ilmu yang diberi

    • Ihzam Khairi
      January 19, 2017, 10:09 pm Reply

      Sama-sama. Jika tidak dapat connect (lambang VPN bewarna kuning sahaja) caranya, sambung dahulu wifi computer dengan hotspot atau internet lain seperti handphone. Kemudian tunggu sehingga Logo VPN bertukar warna biru, baru sambung kembali ke wifi ytlnetwork / wifi 1bestarinet.

  • shamsiati mohamad
    April 7, 2017, 7:49 pm Reply

    assalamualaikum cg. saya nak tanya. mcm mana nak buat jika saya buka website tu dan yang keluar perkataan ‘The domain 1bestari.net may be for sale. Click here to make an offer or call 877-588-1085 to speak with one of our domain experts.’ terima kasih

    • Ihzam Khairi
      April 11, 2017, 7:17 am Reply

      Waalaikumussalam. Cuba pastikan url tersebut terlebih dahulu. Mungkin ada plugin di browser yang redirect ke laman web tiada hak pemilikan domain. (iklan)

Leave a Comment